Dhiaventure

Top 4 tempat makan di Terengganu yang wajib korang cuba

Oleh  | 

KALAU pergi berjalan, sememangnya wajib untuk korang makan dekat tempat yang best dan sedap. Terengganu merupakan tempat yang penuh dengan budaya hidup dan tradisi yang menarik.

Hari tu sis dah kongsikan makanan best dekat Melaka, jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang yang kaki berjalan tu 4 jenis tempat   yang korang wajib cuba.

Kalau dah sampai rugi tak cuba! Jom tengok makanan apa yang sis nak cadangkan dekat korang ni.

Uptown Kontena

Kalau korang tengah cari tempat lepak dekat Terengganu, sini adalah tempat yang paling best. Best sebab tempat ni dekat tepi pantai dan macam-macam jenis makanan yang ada dekat sini. Tak kira dari western hingga ke dessert! Tempat ni tak jauh pun dari bandar Terengganu iaitu di Uptown Kontena PT 31964, Kg Tok Jembal, 21000 Kuala Nerus,Terengganu.

Foto:thevocket.com

Qawa Coffee

Ada sesetengah individu memang tak boleh hidup tanpa coffee. Jadi jangan risau bila korang teringin nak minum coffee, korang boleh cuba dekat cafe ni. Dengan hiasan yang modern dan urban, memang best. Dekat sini korang bukan setakat boleh minum dan menikmati sandwhiches dan desserts yang sedap. Qawa Coffee, 1482, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu.

Foto:travelmalaysia.me

Fauzi Nasi Kerabu
Ha, bukan tempat western je yang sis nak suggest dekat korang, ada satu tempat yang sesuai untuk korang makan tengah hari. Kotang tahu tak tempat ni tersenarai dalam top 50 streetfood  di dunia di Street Food Congress 2017. Jadi tunggu apa lagi? jom pergi ke Fauzi Nasi Kerabu, Kampung Kolam, 20000 Kuala Terengganu.

Foto:www.thevocket.com

 

Dynar Lekor (Keropok Lekor BTB)
Kalau tak cadangkan keropok lekor memang bukan Terengganu lah kan? Jadi apa kata korang waze sekarang, Lot 8292 Seberang Takir Darul Iman, Kampung Bukit Tok Beng, 21300 Kuala Terengganu dan cuba makan di tempat ni. Sis rasa keropok dia ni memang top!

Foto:zine.my/makanhunter

Pada korang yang berada di Terengganu tengah bercuti tu ke apa, korang wajib pergi tempat-tempat ni dan sis pasti korang tak akan menyesal!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my