D-Life

Top 5 filem horror pendek korang boleh layan ketika lunch break!

Oleh  | 

Daripada asyik layan mukbang atau lagu-lagu, apakata korang ubah angin sikit dengan melayan filem pendek. Kadangkala mood kita nak tengok movie tu boleh datang bila-bila je kan?

Kalau layan movie, panjangnya sampai dua jam lebih! Oleh sebab itu sis nak kongsikan dekat korang yang suka layan horror movie tu, apa kata layan pula shortfilm horror ni.

Yang kaki horror movie ni mesti suka layan dan filem-filem pendek ni dan kualitinya pula macam movie yang menang anugerah Oscar tau!

A Purgatory Story

Mengisahkan sejenis demon yang berada dalam tahanan di sebuah alam yang berlainan. Kerjanya menjawab Ouija board yang dimainkan oleh manusia. Kehidupannya muram dan membosankan sehingga satu hari ada seorang wanita menanyakan perasaannya lalu mereka jatuh hati dan…..

Stealing Silver

Yang ini pula mengisahkan seorang perempuan yang terpaksa menjaga jirannya yang merupakan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut pula tinggal berseorangan sehinggakan satu hari wanita ini mengetahui kisah hidup lelaki tua tersebut dan………

Father Figurine

Sebuah keluarga yang sangat kaya namun mempunyai masalah komunikasi antara satu sama lain. Sehinggakan satu hari, ayah mereka meninggal dunia dan terdapat satu permintaan terakhir yang diminta oleh ayahnya dalam sebuah surat wasiat.

MAKR

Mengisahkan seorang lelaki yang beragama Islam dan mengambil kesempatan atas Islam untuk menjadi kaya. Namun, suatu hari lelaki ini dipanggil oleh seorang lelaki untuk meminta bantuan merawat isterinya yang dirasuk jin kemudian……….

MJ

Mengisahkan seorang wanita yang kesunyian dan cuba untuk berkomunikasi melalui sebuah aplikasi dating. Namun, setiap orang yang bertemu dengannya akan berakhir dengan kematian dan satu trend baru pula semakin meluas. Mengapakah?

Semoga terhibur!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my