Inspirasi Dhia

Top 5 gitaris wanita yang paling cool di zaman ini!

Oleh  | 

DALAM industri muzik, kalau yang sering mendapat nama dalam muzik instrumental, mesti lelaki yang sering mendapat nama dan populariti.

Mmeang tidak dinafikan ramai manusia yang mempunyai bakat yang luar biasa. Mungkin kalau dari segi vokal, nama wanita sering mendapat perhatian.

Korang tahu tak sebenarnya, ada 5 gitaris perempuan yang cukup handal pada zaman moden ini? Jom sis kongsikan dekat korang tentang mereka.

Orianthi Panagaris

Gadis ini menjadi lebih terkenal selepas lagu This is it daripada Micheal Jackson dipopularkan. Beliau merupakan gitaris utama untuk jelajah filem Micheal Jackson pada ketika itu. Orianthi belajar muzik pada usia seawal 3 tahun dan belajar bermain gitar akustik pada seusia hanya 6 tahun!

Kaki King

Katherine Elizabeth King atau lebih dikenali sebagi Kaki merupakan gitaris yang cukup unik. Kaki terkenal dengan keunikannya apabila menggunakan seluruh tubuh gitar sebagai peralatan melodi. Bukan itu sahaja, beliau juga hebat dalam bermain gitar. Wanita ini pernah tersenarai dalam majalah Roling Stones sebagai Dewa Gitar Baharu.

St. Vincent

Nama sebenarnya Annie Clark yang mempunyai  minat yang mendalam terhadap Nirvana, Pearl Jam dan Soundgarden. Annie akhirnya berjaya berkongsi pentas bersama David Grohl dan Krist Novoselic daripada kumpulan Nirvana.

Nita Strauss

Satu-satunya wanita yang menjadi gitaris yang bermain muzik metal dan menjadi salah seorang daripada kumpulan Iron Maidens, dimana band ini ditubuhkan sempena penghormatan Iron Maiden. Beliau juga merupakan seorang vokalis yang sepenuhnya fokus pada petikan gitar!

Marnie Stern

Seorang wanita  yang memecahkan tradisi bermain gitar. Marnie bermain gitar dengan cara satu teknik sahaja iaitu dengan metod ketukan jari dengan pantas bagi menghasilkan muzik.

Sis harap korang enjoy artikel ni dan kalau korang nak jadi unik dan mempunyai bakat yang lain daripada yang lain, jangan malu-malu untuk kongsikan bakat korang tu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my