Serious?!

Top 5 klasik Sci-Fi Filem yang wajib korang layan

Oleh  | 

SEKARANG ni dah banyak dah filem luar negara yang menggunakan CGI ataupun Visual effects untuk melariskan lagi filem diorang. Zaman sekarang disebabkan arus permodenan dan kehebatan teknologi, filem sci-fi telah menjadi lebih realistic dan sangat menarik dimata kita.

Tapi korang tahu tak filem-filem sci-fi dari zaman dulu-dulu pun dah cukup realistic bagi orang zaman tu dan sangat popular. Korang jangan terkejut kalau kebanyakkan filem-filem sci-fi yang baru ni sebenarnya adalah berasal dari filem-filem yang lama.

Disini sis nak kongsikan 5 filem sci-fi klasik terbaik yang korang wajib tonton. Tapi korang jangan pula nilai filem tu punya visual effects tak real sebab korang kena tengok sebagai seorang yang berada di zaman tu. Baru lah feel.

2001 : A Space Odyssey (1968)

Bagi penggemar filem sci-fi, filem ni adalah yang wajib tonton sebabkan korang boleh Nampak macam mana penghasilan filem yang berkisarkan angkasa dihasilkan pada tahun 1968.

FIlem ini juga di keluarkan semula pada tahun 2014 dan ianya adalah sebuah filem yang digelar filem sci-fi terbaik yang pernah dihasilkan. Filem ini berkisarkan pengembaraan angkasawan menuju ke planet Jupiter disebabkan penemuan artifak yang sangat asing di bumi.

Star Wars Original Series (1977 – 2005)

Siapa yang tak tahu Star Wars kan, filem yang sangat popular sepanjang zaman dan sampai sekarang masih ada episode yang dihasilkan untuk cerita ni. Tapi korang kalau tak pernah tengok filem ni mengikut kronologi filem ni memang korang takkan dapat faham sangat apa yang berlaku. Sebab tu korang kena layan original filem Star Wars yang dihasilkan pada tahun 1977, 1980 dan 1983.

Tapi korang jangan pelik lak dengan title menyatakan yang 3 episode lama ni adalah episode 4, 5 dan 6. Ini sebab diorang hasilkan 3 filem episode 1,2 dan 3 pada tahun 2000 an. So korang kena layan 6 episod ni baru la korang boleh tengok 3 lagi episod yang baru yang dikeluarkan pada tahun 2015 – 2019.

E.T: The Extra Terrestrial (1982)

Filem ni adalah sebuah filem yang menceritakan tentang sebuah makhluk asing yang tertinggal di muka bumi dan bertemu dengan seorang budak lelaki yang bantu dia untuk bersembunyi. Filem ni sangat popular dan antara filem yang terbaik yang pernah dihasilkan oleh Steven Spielberg. Banyak adegan-adegan yang popular contohnya seperti budak lelaki yang membawa basikal terbang.

Terminator Original Series (1984 -2003)

Filem Terminator adalah filem yang mengetengahkan Arnold Schwarzenegger sebagai sebuah robot pembunuh. Filem ni sangat menarik dan mempunyai plot yang mudah difahami walaupun watak di dalam filem ni berubah character contoh macam Arnold dalam filem pertama adalah robot yang datang dari masa depan untuk membunuh karakter utama tapi untuk filem kedua dia adalah hero.

Namun filem ni mengisahkan robot yang datang dari masa depan cuba untuk menghalang atau menyelamatkan watak yang memainkan peranan penting dalam menyelamatkan dunia.

Back To The Future Series (1985 – 1990)

Filem ni mengisahkan tentang seorang remaja dan seorang saintis yang merentas masa menggunakan mesin masa yang diletakkan di sebuah kereta. Filem ni sangat menarik disebabkan ianya mengisahkan tentang bagaimana pembentukan keluarga Marty Mcfly dan bagaimana dia cuba untuk kembali ke masa asal tanpa mengganggu peristiwa masa silam.

Selain itu, diorang ada juga travel ke zaman 2015 dimana kita boleh nampak kononnya kereta sudah boleh terbang dan hoverboard yang boleh terapung tapi tekaan tentang masa depan yang betul di filem itu antaranya adalah fashion retro yang menjadi trend semula.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my