Serious?!

Top 5 lagu paling banyak dicari di Google sepanjang 2018!

Oleh  | 

SETIAP tahun, pasti kita akan ternanti-nanti lagu baru yang akan menjadi selera masyarakat Malaysia. Biarpun carta radio turun naik menunjukkan lagu mana yang menjadi juara di hati para pendengar. Namun, ada cara lain sebenarnya kalau kita nak tahu lagu-lagu trending.

2018 bakal melabuhkan tirainya. Baru-baru ini Google Trends telah menyenaraikan antara lagu-lagu yang paling banyak dicari di google sepanjang tahun ini. Jom kita check it out apakah Top 5 lagu yang paling banyak di google oleh rakyat Malaysia!

5) Lagi Syantik

Mengungguli tempat ke 5, lagu nyanyian Siti Badriah ternyata berjaya melekat di kepala rakyat Malaysia mungkin kerana rentak dan liriknya yang rancak dan mudah dinyanyikan. Ia pernah menjadi viral dan antara lagu ‘wajib cover’ oleh para selebriti. Muzik video lagu ini juga sudah mencecah hampir 400 juta setakat hari ini di platform Youtube. Memang lagi Syantik!

4) Di Matamu

Berita putus tunang antara Sufian dan Elfira ternyata memberikan kesan mendalam kepada pendengar yang rata-ratanya berpendapat ia adalah suara hari Sufian kepada gadis itu walaupun dia berkali-kali menafikan berita tersebut. Lagu ini juga telah menjadi lagu tema kepada mereka yang patah hati seterusnya melonjakkan jumlah tontonan lagu ini sehingga 48 juta di Youtube. Sufian juga bakal membawa lagu ini ke Jakarta dengan susunan muzik yang baru. Tak sabar!

3) Bobo Di Mana

Pernah viral dengan pelbagai ancaman. Lagu nyanyian trio iaitu jutawan kosmetik Aliff Syukri, Nursajat dan penyanyi Indonesia Lucintaluna kerap menerima kritikan bertalu-talu daripada netizen. Ia termasuklah tarian ‘Bobo Di Mana’ yang dianggap tidak menyenangkan. Bukan itu sahaja, perkataan ‘Bobo’ dalam lagu ini turut dispekulasikan kerana ada yang beranggapan ia membawa maksud lucah. Walau bagaimanapun, Sajat telah tampil memberi penjelasan ‘Bobo’ bermaksud tidur dalam bahasa Indonesia.

2) Perfect

Lagu nyanyian Ed Sheeran ini telah berjaya mengungguli carta kedua carian terbanyak di Google. Lirik dan muziknya yang sweet telah menjadi lagu tema couple di Malaysia dan tidak lupa juga atara paling kerap digunakan sebagai lagu tema video perkahwinan rakyat Malaysia. Video klip lagu ini juga telah bejaya ditonton sehingga 1 bilion  sepanjang tahun ini! Wow!

1) Baby Shark

Ha jangan terkejut! inilah juara yang mengungguli carian lagu tertinggi menerusi  google. Siapa sangka inilah lagu yang berjaya mengalahkan lagu romantis, lagu ala-ala dangdut dan lagu pop di Malaysia. Jom ucapkan tahniah kepada PinkFong kerana berjaya merangkul jumlah tontonan sebanyak 2 bilion di Youtube. Mungkin lagu ini trending sebagai penyelamat kepada kanak-kanak agar tak menangis semasa Hari Raya atau semasa menghadiri majlis kenduri-kendara. Well done!

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my