Serious?!

Top 5 lagu Siti ini ‘confirm’ buat korang ‘throwback childhood memories!’

Oleh  | 

TANYALAH siapapun, baik tua atau muda. Pasti semua mengenali penyanyi tersohor negara Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin. Suaranya bagai puluh merindu seakan-akan mempunyai magisnya tersendiri membuatkan setiap yang mendengar terpesona.

Keperibadianya yang lemah lembut dan halus tutur kata membuatkan Siti menjadi selebriti yang disegani rakan-rakan industri dan peminatnya.

11 Januari adalah ulangtahun kelahiran Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti. Setelah dua dekad menjadi anak seni, lagu-lagunya sangat memberikan warna-warni dan makna yang besar dalam hidup seseorang. Mana tidaknya, suara Tokti sentiasa menjadi peneman sejak  kita masih kecil sehinggalah dewasa.

Memang susah nak senaraikan lagu Tokti yang terbaik sebab semua memang mantap. Tapi ini adalah antara lagu Tokti yang wajib dengar dan confirm boleh bikin throwback.

Jerat percintaan

Merupakan lagu yang legend dari album Siti Nurhaliza yang diterbitkan pada tahun 1996. Jerat Percintaan juga dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 1997.  Sangat sesuai untuk mereka yang patah hati dan pasrah dengan hubungan percintaan yang retak di tengah jalan.

Cindai

Dikeluarkan pada tahun yang sama iaitu 1997, Cindai begitu memberi magis apabila lagunya diterima baik bukan sahaja di Malaysia, malah juga di Indonesia. Lagu itu secara tidak langsung telah mengangkat genre etnik kreatif dan irama Malaysia ke tahap yang tinggi. Siti Nurhaliza terus cemerlang menyanyikan lagu itu sebagai penutup Sukan Komanwel 1998 di Stadium Negara dengan penuh gilang-gemilang. Wow!

Purnama Merindu

Kemunculan album Adiwarna pada tahun 1998 menjadi fenomena lagu-lagu balada yang tidak boleh dilupakan. Album tersebut menampilkan lagu-lagu seperti Purnama Merindu, Diari Hatimu, Gelora Asmara dan banyak lagi. Lagu ini bukan sahaja menjadi peneman kepada pasangan kekasih yang saling merindukan, namun Purnama Merindu ini juga pernah memenangi  Anugerah Emas pada Festival Muzik Asia Shanghai 1999 di Shanghai. Ia juga memenangi Anugerah Juara Lagu kategori Balada pada tahun yang sama.

Biarlah Rahsia

Sebagai seorang gadis  biasa yang mempunyai perasaan cinta, Siti Nurhaliza turut tidak terlepas daripada dilanda kontroversi kisah cintanya. Lagu yang dimuatkan dalam album Transkripsi berjudul Biarlah Rahsia dikatakan memberi sebuah jawapan kepada mereka yang telah mengkritik dan melontarkan fitnah terhadap dirinya. Lagu ciptaan Melly Goeslaw itu telah berkali-kali menduduki carta pertama di radio pada masa itu.

Comel Pipi Merah

Setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi tersohor itu berkongsi khabar gembira kepada media mengenai kehamilannya. Berita itu disambut dengan doa oleh para peminat dan kaum keluarga. Pada 17 Mac tahun lalu, bayi perempuan yang dinamakan Siti Aafiyah Khalid selamat dilahirkan selepas 11 hari  lagu ini dilancarkan. Comel Pipi Merah memang dibuat khas untuk Aafiyah dan lebih istimewa apabila lagu ini diinspirasikan daripada arwah ayahnya sendiri yang tidak sabar melihat Siti menimbang cahaya mata. Setakat hari ini, video lirik lagu ini telah mendapat 15 juta tontonan di Youtube.

Semua orang mempunyai lagu kesukaan masing-masing dan pilihan peribadi nyanyian Siti Nurhaliza. Selamat ulangtahun kelahiran team Dhia ucapkan kepada Tokti. Semoga Allah memberikan kesihatan perlindunganNya kepada Tokti. So apa lagu nyanyian Tokti yang korang suka?

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my