Serious?!

Top 5 movies berdasarkan kisah benar!

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Sis nak tanya korang suka tak layan movie? ha mesti ramai yang diantara korang ni kaki layan movie kan? Dalam banyak-banyak movie yang korang tengok tu, korang perasan tak ada juga movie yang actually berdasarkan kisah benar?

Disebabkan banyak pengalaman-pengalaman manusia yang sememangnya luar biasa sampaikan diadaptasikan dalam movie tau! Sis ni kalau dengar movie tu berdasarkan daripada kisah benar, mesti wajib tengok!

Sis kagum dengan pengalaman hidup dorang ni dan banyak yang boleh dijadikan inspirasi dan semangat untuk teruskan hidup. Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang top 5 movies yang based from true story.

The Imitation Game

Di bintangi oleh seorang pelakon yang cukup terkenal,Benedict Cumberbatch filem ini sebenarnya berdasarkan daripada kisah benar dari sejarah dunia. Bukan itu sahaja, pengalaman personal yang dilalui oleh individu sebenar juga dikongsikan dalam movie ni. Sis cadangkan untuk korang layan movie ni baru korang tahu betapa hebatnya minda manusia!

Escape from Alcatraz

Berkisahkan tentang banduan yang melarikan diri daripada sebuah penjara yang mempunyai sekuriti yang paling maksimum ketika itu. Dan pada ketika itu tiga banduan yang berani berjaya melepaskan diri daripada penjara tersebut dan setelah itu ada yang diantara mereka ini tidak dapat dikesan sehingga sekarang!

Apocalypse Now

Filem ini berkisahkan tentang pengalaman yang dilalui oleh seorang individu pada Vietnam War dan mereka terpaksa melalui satu misi yang amatlah bahaya di mana mereka harus membunuh seorang ketua puak orang asli yang dikatakan gila. Memang best filem ni dan wajib tengok!

Into the wild

Filem ini berkenaan tentang pengalaman seorang manusia yang berkait dengan spiritual journey di mana terlihatnya banyak konflik dan masalah hidup. Individu ini meninggalkan semua harta bendanya selepas menamatkan sesi belajarnya, memberikan sejumlah 24000 dollar life-saving kepada charity!

Lawrence of Arabia

Filem ini menunjukkan pengalaman daripada seorang diplomat dan pegawai tentera ketika perang dunia kedua, dimana menunjukkan pergelutan emosi diantara keganasan dan identiti beliau sendiri. Bukan itu sahaja ada perbezaan kesetiaan diantara negara beliau sendiri dan rakannya di dalam suku kaum gurun Arab.

Sis harap korang enjoy movie ni. Boleh lah layan kalau korang bosan tak ada nak buat apa dekat rumah tu kan? selamat menonton!

Sumber;Culturetrip

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my