Dhia Glam

Top 5 ‘underrated’ Rapper di Malaysia

Oleh  | 

SEKARANG ni dah banyak nama-nama rapper di Malaysia ni. Kalau dulu nama terkenal yang kita dengar seperti Malique dan Joe Flizzow.

Tapi sekarang ni dah ramai rapper-rapper yang makin meningkat naik seperti K-Clique, Kid Santhe, Lil J dan ramai lagi di persada muzik mainstream Malaysia.

Jadi, apa kata korang kenal 5 rapper yang underrated di Malaysia. Sebenarnya mereka dah sangat popular di underground scene dan korang kena check them out sebab lagu-lagu diorang best-best.

Yonny

Yonny atau dikenali sebagai Yonnyboi boleh dikatakan sangat terkenal di underground. Kebanyakkan lagunya dimuat naik di Youtube. Tontonan video mampu mencecah  50 ribu tontonan dalam masa sehari.

Nama Yonny juga semakin dikenali apabila dia mengeluarkan lagu bersama Caprice yang bertajuk “Takut” dan lagu tersebut memang menyentuh perasaan dengan vibes dia yang sangat beremosi.

Yonny mempunyai suara nyanyian yang unik sehingga digelar King of Hook. Banyak lagi lagu Yonny yang korang boleh layan antaranya macam Ikan dan Bulan, Boleh Bla, Kelabu banyak lagi.

Yaph

Yaph boleh digelar sebagai King of Autotune di Malaysia dan korang jangan terkejut kalau tak jumpa atau tak nampak muka dia ni sebab dia adalah rapper yang masih tidak reveal muka dia di mana-mana.

Walaupun menjadi seorang yang misteri di dalam scene, setapi lagu-lagu dia sangat popular sampaikan ada yang dah mencecah berjuta tontonan tau. Antara lagu-lagu yang popular oleh Yaph adalah Pemergian, Kemana, Maaf Kalau Sendu dan banyak lagi.

B-heart

B-Heart adalah rapper yang sangat tidak asing di dalam underground scene di mMalaysia sebab dia dah pun berada dalam scene sangat lama. Rapper yang memunyai flow yang padat dan penggunaan ayat yang berkias tapi mudah difahami menjadikan dia antara rapper yang sangat disegani.

Lagu-lagu dia juga mempunyai banyak maksud yang mendalam dan sangat sedap untuk didengari. Korang boleh layan lagu lagu Bilang Mama, Pride, Emas dan banyak lagi.

Benzooloo

Nama Benzooloo sebenarnya tidak asing lagi di dalam industri. Banyak lagu yang telah dikeluarkan. Benzooloo sudah lama berkecimpung dalam scene hiphop di Malaysia.

Rapper yang berasal dari Sabah ini mempunyai flow rap yang sangat kemas dan padat serta senang difahami. Antara lagu-lagu yang popular adalah Lotus, Dewi Seraya, Terkemuka dan Nyalakan.

Ical Mosh

Rapper yang berasal dari Johor Bahru ni sangat popular di underground dan banyak mendapat perhatian kerana liriknya yang banyak menyentuh tentang isu masyarakat. Penulisannya tidak berkias dan lebih lantang apabila menyentuh tentang isu masyarakat.

Lagu yang dihasilkan juga kebanyakkannya adalah lagu yang dihasilkan oleh dia sendiri. Antara lagu yang popular adalah Dunia Kejam, Kunci dan Orang Macam Aku.

Korang boleh jadikan lagu-lagu yang sis dah kongsikan di playlist music korang okay!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my