Serious?!

Tragedi Christchurch : Terharu! Lelaki ini maafkan pembunuh isteri

Oleh  | 

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang boleh dikatakan untuk menceritakan nasib seorang lelaki bernama Farid Ahmad yang kehilangan isteri tersayang dalam tragedi serangan di Christchurch Jumaat lalu.

Farid yang berkerusi roda baru-baru ini membuat warga dunia terharu apabila bertindak memaafkan pengganas yang telah menembak mati isterinya, Husna Ahmed dalam insiden itu.

FOTO: Otago Daily Times

“Saya sayang dia sebagai manusia.

“Perkara terbaik adalah memaafkan, kemurahan hari, kasih sayang dan sifat positif,” katanya.

Semasa tragedi itu, Husna telah membantu beberapa orang melarikan diri termasuklah beberapa wanita dan kanak-kanak.

“Namun, apabila dia kembali untuk memeriksa saya kerana saya berkerusi roda. Dia telah ditembak. Dia sibuk menyelamatkan nyawa orang lain, sehingga terlupa akan dirinya sendiri”, ceritanya lagi.

Husna Ahmaed adalah antara 50 orang yang terkorban dalam serangan tembakan rambang di dua masjid setelah menunaikan solat Jumaat.

Sumber: Dailymail

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my