Serious?!

Tragis! Dendam punca Masitah dibunuh saudara sendiri

Oleh  | 

TEKA-TEKI kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun, Siti Masitah Ibrahim dibunuh dengan kejam akhirnya terjawab apabila suspek mengakui berdendam dan marah kepada keluarganya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan, suspek iaitu seorang lelaki Kemboja berusia 23 tahun mengaku memukul Masitah menggunakan kayu.

“Polis sudah merampas senjata yang digunakan suspek.

“Suspek adalah kenalan kepada keluarga mangsa dan tinggal sekampung dengan Siti Masitah,” katanya dalam sebuah sidang akhbar seperti yang dilaporkan pemberita tempatan.

Selain itu, Othman turut berkongsi hasil bedah siasat yang mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan parah di kepala.

Ketika ditemui, mayat Masitah berada dalam keadaan tertiarap dan hampir reput dengan tangan terikat di belakang.

Mangsa dipercayai sudah mati dalam tempoh tujuh hari. Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan keadaan mayat tidak sempurna adalah disebabkan haiwan liar dan bukannya pemerdagangan organ seperti yang disangka banyak orang.

 

BACA:  Ini 5 kes kanak-kanak dibunuh kejam yang menggemparkan negara!

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my