Dhiaventure

Travel ala-ala tourist. Gadis ini siapkan itinerari tempat best dekat KL

Oleh  | 

“Apa yang ada dekat KL ni, bosan!”

Kalau sebelum ini korang pernah terfikir macam ni, nampaknya korang mungkin akan berubah fikiran bila baca artikel ini sampai habis. Kuala Lumpur tak hanya tempat ramai pekerja cari makan, kesesakkan lalu lintas dan harga barang yang mahal. Seorang pengguna twitter bernama Zuliana_Azira berkongsi tempat-tempat best kalau korang nak lepak dekat KL lepas ni.

Jadi, bolehlah korang isi masa dengan playing tourist seperti apa yang telah dicadangkan Zuliana. Dia telah merasai sendiri pengalaman untuk berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Jom kita share sikit di manakah tempat tersebut.

KL Forest Park

Ha, ini adalah rimba yang dipenuhi tumbuhan hijau di tengah Kuala Lumpur. Korang boleh ke sini untuk berjoging dan menikmati kehijauan alam flora dan fauna. Bolehlah nak larikan diri kejap melupakan kesibukkan di tempat kerja.

Twitter Zuliana

 

Changkat Bukit Bintang

Port paling terbaik kalau korang nak OOTD sebab ia berlatarkan bangunan yang telah dicat dengan lukisan dan warna-warna yang menarik. Memang terbaik untuk tambah koleksi gambar di Instagram.

Restoran Sambal Hijau

Lepas dah bergambar memang la lapar gila, kan? Apalagi, singgahlah ke Restoran Sambal Hijau untuk makan tengahari. Harga pun murah. Menu wajib cuba ialah sotong bakar dan siput sedut.

Shaun Teo Creations

Sangat sesuai untuk korang yang menyukai benda manis. Menu wajib cuba ialah Toast Bread dan pumpkin sup. Tempat pun boleh tahan lawa kalau korang nak bawa pasangan lepak sama.

Ais krim Turki

Kalau nak feel makan aiskrim Turki ala-ala dalam filem Istanbul Aku Datang. Boleh le pergi ke Pavilion. Korang boleh merasa aiskrim perisa mangga dengan harga RM10 sahaja.

 

 

Tengah cari plan internet ke? Cuba tengaok TIME

2 Comments

  1. abdul rahman

    29 September 2019 at 10:46 pm

    Interesting jugak..no hassle bagi tourist dlm negara sendiri..

    • Wafa Aula

      3 October 2019 at 12:08 pm

      Jom pergi sama-sama!

Komen

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my