Dhiaventure

Travel jauh tapi tekak tetap citarasa Malaysia? Ini 5 makanan wajib ada dalam beg korang

Oleh  | 

“Yay, seronoknya travel!”

Siapa yang tak suka travel untuk tengok tempat-tempat baru dan cantik di seluruh dunia, kan? Waktu itu rasa macam masalah kita tertinggal sekejap sebab sangat teruja menikmati keindahan alam dan budaya masyarakat yang jauh berbeza dari tanah kelahiran kita. 

Namun, terbanglah sejauh mana pun sehingga berminggu-minggu lamanya. Lepas itu tekak kita mulalah merindui makanan Malaysia yang tiada tandingan kelazatannya. Sis masih ingat lagi kalau travel, biasanya kalau dah masuk hari ketiga tu mesti sis dah rindu makanan Malaysia. Mulalah terbayang nasi lemak, ikan talapia masak sambal hijau, roti canai, atau sambal belacan. Nak cari lauk macam ini dekat luar negara susah betul. Kalau ada pun, harganya memang mahal berkali ganda.

via GIPHY

Kalau korang nak tahu, sebenarnya banyak tau produk hasil anak tempatan kita yang sangat sesuai untuk korang bawa travel. Kualiti pun tip top memang level antarabangsa. Mudah disediakan dan paling penting sedap. Sangat sesuai kalau korang plan nak travel lama keluar negara. Nah sis kongsikan 5 makanan yang wajib ada dalam beg travel korang nanti. Confirm tak menyesal!

Sambal Malaysia!

Geng, kalau dah duduk luar negara. Mesti kita akan rindu sambal-sambal Malaysia ini. Pekena pula dengan nasi panas dan ikan goreng. Itu pun nak rasa nikmat sangat. Tak payah pening-pening sebab banyak dah produk Malaysia yang ada jual sambal sedap dan paling penting senang nak letak dalam beg. Siap ada bermacam jenis sambal lagi macam sambal hitam, sambal hijau dan acar. Kalau korang nak makan tepi tasik pun boleh.

Produk makanan cepat masak

Waktu travel ini, kita nak habiskan masa untuk jalan-jalan dan cari spot cantik ambil gambar bubuh dalam Instagram. Yela, followers kena tahu tempat mana yang kita pergi. Jadi, tak nak la habiskan banyak masa untuk siapkan barang memasak. Dengan adanya pes macam ini, korang dah boleh masak kurang daripada setengah jam, geng! Power, kan? Tapi tu la, nama pun sambal petai. Karang jiran korang keliru pula tu bau makanan ke kentut?

Laksa pun ada!

Siapa kata dekat oversea tak boleh dapat Laksa Utara? Ha, meh sini sis roger. Hanya dengan sepaket laksa ini, korang dah boleh hilangkan kerinduan dekat kampung halaman korang yang dekat Kedah itu. Bukan setakat laksa, Mee Kari pun ada. Rasa memang tip top dan pedas.

Snacks

Biasanya untuk sampai ke satu destinasi yang agak jauh, kita memang akan mengambil masa yang lama duduk dalam kereta atau bas sebelum sampai. Mesti perut korang dah start rasa lapar. Apa kata korang cuba snacks citarasa Malaysia contohnya macam ini, geng. Perisa pisang kot! Malaysia sangat.

Kuey Teaw kerang goreng

Benda yang selalunya korang akan dapat dekat gerai atau pasar malam, kini korang makan dimana sahaja bila korang dekat luar negara. Siap ada kerang lagi, geng.

Bukan itu sahaja, ada juga bermacam jenis bubur yang korang boleh makan.

Kalau nak lagi sedap, korang cari bawang goreng tabur atas dia. Memang ngam!

Dengan adanya benda-benda macam ini dalam beg kita. Tak payah korang resah memikirkan mana nak dapat makanan yang sedap dekat negara asing. Harga pun murah dan dapatlah kurangkan bajet korang waktu travel. 

Apalagi, sebelum travel tu bawa-bawalah rajinkan diri korang untuk cari barang yang sis cadangkan tadi. Serius memang sangat membantu. Kalau tak percaya, cubalah sendiri. Jangan cakap sis tak payung tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my