Serious?!

Trend makan pedas merbahaya? Ini penjelasan daripada seorang pakar

Oleh  | 

SESETENGAH orang memang suka makan pedas dan kadang kala sampaikan setiap hari tak boleh kalau tak makan pedas. Kadang kala kita kena sedar bahawa jika korang terlebih makan pedas, padah buruknya nanti!

Baru-baru ni, makan makanan pedas merupakan satu trend yang agak besar dikalangan kita. Macam-macam challenge yang viral dan menyebabkan ramai yang ikut.

Penjagaan dari segi permakanan adalah amat penting untuk memastikan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan. Jadi untuk memastikan korang berjaga dan beringat, ni pesanan daripada pakar untuk korang follow. 

Mengikut Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau kongsikan pada kita semua pentingnya untuk korang stop makan makanan yang terlalu pedas.

Kerosakkan pada sistem penghadaman

Kima pencernaan bukan hanya pada penghadaman, malah pada mulut juga. Hal ini disebabkan, makanan pedas akan menyebabkan kita minum air yang banyak justeru ia merupakan amalan yang tidak baik.

Sebabnya korang akan makan makanan tersebut melebihi kapasiti perut. Jadi, akan menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD) which is, asid melimpah ke esophagus dan menyebabkan pedih ulu hati dan sendawa berasid!

Keradangan pada perut, cetus ulser dan buasir!

Gastritis atau keradangan pada perut akan terhasil dan kondisi ini akan mejadi lebih teruk jika tidak dipantau! Bukan itu sahaja, korang akan berisiko untuk menghadapi ulser perut dan terhasilnya buasir.

Makanan yang terlalu pedas bukan punca utama kepada penyakit-penyakit ini. Akan tetapi, ia akan menjadi punca terhasilnya kesakitan apabila seseorang individu tersebut mengamalkan makan makanan yang terlalu pedas dan kerap, maka bersiap sedialah untuk hadapi ketiga-tiga kondisi ini.

Jadilah manusia yang bijak dan tak perlu ikut trend yang boleh merosakkan kesihatan diri.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my