Serious?!

Top 3 Herdikan filem P. Ramlee masa kini

Oleh  | 

SIAPA yang tak kenal dengan Tan Sri P.Ramlee, filem-filem yang pernah dihasilkan oleh beliau dulu masih segar dan seronok ditonton sehingga sekarang. Banyak nasihat dan herdikan buat masyarakat yang sering dilontarkan oleh P.Ramlee dari awal penghasilan filemnya sehingga ke filemnya yang terakhir.

Tapi tanpa kita sedar, nasihat dan herdikan yang disampaikan dalam filem beliau sangat kena dengan society kita pada zaman sekarang ni. Tak hairan la ramai yang mengatakan Tan Sri P.Ramlee ini seorang yang memandang jauh ke depan. Haa disini sis menyediakan beberapa filem beliau yang terkenal yang mempunyai mesej yang relate dengan masa kini.

Bujak Lapok (1957)

Filem Bujang Lapok (1957) adalah filem yang memaparkan masyarakat moden yang tinggal di bandar. Kita dapat lihat dengan jelas disini P.Ramlee cuba untuk mengetengahkan isu kekalutan dan tekanan hidup di Bandar secara komedi. Fun Fact, ini adalah filem pertama arahan beliau yang berunsur komedi.

Selain itu, beliau juga mengetengahkan isu materialistik masyarakat dari awal hingga ke akhir filem. Kita boleh lihat di dalam satu babak dimana Ramlee yang kesempitan wang boleh bergaya dan makan beef steak sedangkan makanan itu sangat mahal.

Ini boleh dapat dilihat bagaimana masyarakat sekarang masih lagi mengamalkan gaya hidup yang seperti ini. Macam Altimet kata “Kalau beli kereta mewah tapi duduk rumah sewa, Amboi”.

Foto:Sehinggit

Sumpah Orang Minyak (1958)

Filem Sumpah Orang Minyak (1958) ini mengetengahkan isu masyarakat yang mengagungkan golongan yang cantik dan menghina orang yang buruk parasnya. Ketika watak P. Ramlee sebagai Si Bongkok, dia sering dihina oleh Masharakat Chantek yang hanya tahu mengukur manusia dari rupa paras dan fizikal semata-mata.

Namun, isu yang diketengahkan beliau dalam filem ini juga berkaitan Si Bongkok yang telah bertukar menjadi tampan telah menjadi bongkak dan lupa diri.

Isu kecantikan ini masih lagi ada di dalam masyarakat sekarang yang hanya mengetengahkan orang yang cantik dalam sesuatu perkara dan tidak memandang pada budi dan kepandaian individu.

Foto:Wikimedia

Labu dan Labi (1962)

Filem Labu dan Labi (1962) ini mengetengahkan isu penindasan golongan kaya dan isu ingin melepaskan diri yang dirasai oleh golongan pekerja. Haji Bakhil adalah character yang memberikan layanan yang tidak baik kepada Labu dan Labi dengan memaki hamun mereka dan diberi layanan seperti hamba.

Foto:dalinlienda

Selain itu, P.Ramlee juga menyindir golongan kaya ini dengan memaparkan Labu dan Labi bercakap bahasa Melayu dalam pelat Inggeris. Mungkin zaman tu pun dah ada orang melayu buat challenge bercakap bahasa melayu kot.

Sis harap korang enjoy article ni diamana sebenarnya banyak mesej-mesej yang masih lagi relevan pada masyarakat kita pada zaman ini.

 

1 Comment

  1. ZZD

    23 October 2019 at 11:58 am

    Bagus la,idola ni

Komen

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my