Dhia Glam

‘Trick’ dan tip untuk ‘outfit’ warna sama supaya nampak ‘attractive’!

Oleh  | 

TIDAK semestinya memakai outfit dengan warna yang sama from head to toe boleh nampak membosankan. Pemilihan outfit menggunakan satu warna sahaja sebenarnya boleh buat kita nampak attractive. Namun kena tahu juga tip dan trick nya tau. Nak tahu tak macam mana?

Sebenarnya tiada rules and regulation yang spesifik pun untuk berfesyen. Pada pandangan Dhia, sekiranya pemilihan pemakaian kita berjaya buat kita nampak stunning dan dipuji pun sudah dikira fesyen. Untuk beri outfit korang kelihatan attractive walaupun hanya menggunakan satu warna sahaja, korang boleh suaipadankan outfit dengan fabrik kain yang berbeza.

Foto: Pinterest

Foto: Pinterest

Pemilihan warna yang sama untuk outfit tidak semestinya perlu menggunakan fabrik kain yang sama. Sebagai contoh kalau baju korang berfabrik cotton, korang boleh padankan skirt atau seluar berfabrik crepe atau chiffon.

Selain itu, untuk menjadikan outfit kita kelihatan attractive walaupun hanya satu warna sahaja, korang boleh padankan pakaian korang dengan aksesori yang berlainan warna. Ini akan menampakkan pakaian korang lebih menyerlah. Namun, jangan terlalu banyak menggunakan aksesori sehingga boleh kelihatan heavy dan overdress ye.

Foto: Pinterest

Foto: Pinterest

Tips yang setrerusnya adalah jika ingin menggayakan outfit yang sama warna supaya tidak kelihatan membosankan, korang boleh padan outfit dengan  kasut berwarna putih. Sneakers adalah kasut yang sesuai dipadankan bersama outfit berwarna sama supaya  kelihatan lebih stunning. 

Foto: Pinterest

Foto: Pinterest

So lepas ni jangan rasa outfit yang berwarna sama tu membosankan. Korang kena kreatif mix and match aksesori supaya outfit korang kelihatan lebih menarik dan stylo. Weekend macam ni mesti korang nak keluar lepak dengan kawan-kawan kan? Selamat mencuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my