
D-Life
‘Trick’ ini pastikan bau minyak wangi kekal bagai tiada hari esok
MEMANG ada jenis orang yang suka berwangi-wangi dan mereka sangat tidak kisah untuk berbelanja lebih membeli haruman. Tambahan pula, ia ditampilkan dengan botol yang kelihatan mewah dan elegan.
Kalau dah beli mahal-mahal, memang perlu dijaga elok dan rapi supaya bau harumnya akan melekat sentiasa sekali gus memberi kepuasan maksima kepada si pemakai.
Sama seperti banyak krim kecantikkan yang sangat sensitif kepada suhu. Minyak wangi juga boleh mengalami perubahan jika terdedah kepada perubahan suhu.
Ada juga yang mempunyai tabiat menyimpan minyak wangi di dalam tandas. Namun perlu diingatkan, suhunya akan berubah kerana diletakkan di dalam keadaan lembap. Antara tempat lain yang menyebabkan suhu berubah adalah di dalam kereta.
Tempat yang paling sesuai untuk meletakkan minyak wangi adalah di tempat yang mempunyai suhu yang stabil. Antaranya seperti di dalam kotak yang terlindung daripada panas dan cahaya.
Cahaya matahari ialah musuh utama minyak wangi. Kesan langsung sinarannya boleh merosakkan molekul yang terkandung di dalam minyak wangi. Sebab itulah kita kena menyimpannya elok-elok di dalam kotak. Dengan ini, barulah minyak wangi kita akan kekal lama.

Komen Terkini