Serious?!

Ini yang korang kena tahu tentang Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Oleh  | 

MUNGKIN korang dah tahu siapa Dato Sudirman Hj Arshad ni sebabkan lagu-lagu beliau yang masih menjadi siulan masyarakat Malaysia dan seorang living legend yang sangat disegani oleh seluruh pemuzik tanah air.

Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang dan menjadi popular selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1976. Mempunyai banyak kelebihan dan bakat yang membuatkan dia disayangi oleh masyarakat.

Harini sis nak kongsikan something yang beliau ada yang akan buatkan korang akan terpegun dan buatkan korang faham kenapa dia disegani oleh rakyat Malaysia.

Penyanyi Serba Boleh

Suara yang dimiliki oleh beliau sangat unik dan sedap sehinggakan pada tahun 1986 beliau mendapat anugerah konsert terbesar di Malaysia dari Malaysia Book of Records selepas membuat persembahan di jalan Chowkit yang dihadiri lebih 100 ribu orang semata-mata ingin mendengar beliau menyanyikan lagu secara live.

Beliau juga menjadi penyanyi Malaysia pertama yang dinobatkan sebagai Penyanyi No 1 Asia di Asian Popular Music Award. Range vokal beliau sangat tinggi dan beliau juga berbakat dalam penulisan lagu dan banyak menghasilkan lagu beliau sendiri seperti Aku Penganggur, Anak Gembala dan banyak lagi.

Pelukis Yang Berbakat

Kalau korang nak tahu, Sudirman juga adalah seorang pelukis yang sangat berbakat. Dia pernah menghasilkan komik sendiri yang menceritakan tentang kehidupan beliau ketika kecil.

Selain itu setiap kali konsert, beliau akan melakukan slot khas untuk beliau melukis potret penonton sambil beliau menyanyi. Itu diantara signature beliau dalam konsert untuk menghargai peminatnya.

Seorang Penyanyi dan Peguam

Ini yang korang perlu tahu tentang beliau sebabnya walaupun beliau seorang penghibur jangan pandang beliau sebagai seorang yang hanya tahu menghibur sebab beliau mempunyai ijazah didalam undang-undang di Universiti Malaya. Beliau menolak tawaran biasiswa dalam bidang perubatan dan memilih untuk belajar undang-undang.

Mempunyai Perniagaan

Yang ni sis baru tahu juga dan rupa-rupanya beliau pernah mempunyai air berkarbornat milik beliau sendiri yang dimakan sebagai Sudi. Air gas milik beliau ni sangat popular di Malaysia dahulu dan diantara brand yang popular di Malaysia.

Beliau juga mempunyai perniagaan fashion beliau sendiri dan menjual pakaian dan cermin mata yang popular kerana beliau sendiri yang menggayakannya.

Sumber:Wikipedia,Arkeb Negara

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my