Serious?!

Trivia SpongeBob SquarePants yang korang mungkin tak tahu!

Oleh  | 

SEPERTI yang ramai sedia maklum, pencipta watak dan siri paling hit di Nicklodeon “SpongeBob SquarePants”, Stephen Hillenburg meninggal dunia awal minggu ini akibat menderitai ALS.

Nickelodeon dalam satu kenyataan, memberitahu “Dia (Steve) rakan yang disayangi dan rakan kreatif kepada semua di Nickelodeon, dan kami sentiasa bersama seluruh keluarganya. Steve mencetuskan SpongeBob SquarePants dengan daya humor yang membawa kegembiraan kepada kanak-kanak pelbagai generasi dan seluruh keluarga di mana-mana sahaja”

Kalau kecil-kecil dulu, mesti selalu terpacak depan TV kan menonton SpongeBob. Nostalgia sungguh! Steve selaku pencipta SpongeBob sentiasa hidup dalam ingatan kita semua.

Haa, ini Dhia bawakan, beberapa fakta tentang SpongeBob SquarePants yang korang tak pernah tahu pun sebelum ni!

 

Steven Hillenburg merupakan ahli biologi marin!

Stephen Hillenburg & SpongeBob SquarePants (Source: Wikipedia)

FOTO: Wikipedia

Steven bukan sahaja pengarah dan pencipta siri Nickelodeon tersebut, tetapi beliau juga sebenarnya bekas pengajar sains marin di Orange County Marine Institute. Bukan calang-calang! Jadi idea menghasilkan SpongeBob semuanya cetusan dari alam laut.

 

Nama asal SpongeBob ialah SpongeBoy

SpongeBob Bikini Bottom Driving License

Pada awalnya, nama Spongebob ialah SpongeBoy. Walau bagaimanapun, nama tersebut telah pun dipatenkan di Amerika Syarikat untuk satu jenama mop. Jadi kerana ingin mengekalkan “Sponge” di hadapan namanya, maka lahirlah nama SpongeBob

 

Watak Squidward, bukan sotong!

Squidward

FOTO: Nickelodeon

Walaupun namanya Squidward, dia sebenarnya bukanlah seekor sotong biasa! Squidward sebaliknya ialah sotong kurita (octopus) dan mempunyai 6 kaki.

 

Beberapa selebriti A-List pernah buat kemunculan suara

Walaupun ditentang hebat oleh penciptanya sendiri yang tak mahu melibatkan bakat komersial dalam siri tersebut, SpongeBob SquarePants pernah membariskan selebriti A-List Hollywood seperti Ferrell, Fey, Williams, Amy Poehler, Johnny Depp, Victoria Beckham, LeBron James, Pink dan banyak lagi.

 

Bikini Bottom merupakan habitat yang wujud IRL?

Bikini Bottom

FOTO: Wikipedia

Bikini Bottom ialah latar utama dalam SpongeBob SquarePants diinspirasikan daripada sebuah pulau atol di kepulauan Mikronesia iaitu Bikini Atoll. Wow, tak sangka Biki

 

Pengkaji menamakan cendawan sempena watak ini!

Source: Wikipedia

FOTO: Wikipedia

Whoa, hebat! Nama SpongeBob SquarePants turut diabadikan sebagai nama saintifik sepsis cendawan yang menyerupai span laut. Cuba teka apa namanya: Spongiforma squarepantsii! Spesis ini boleh ditemukan di kawasan hutan Borneo.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my