Dhiaventure

Tudia! KL diisytihar bandar ke-6 paling banyak dilawati di dunia tahun lalu!

Oleh  | 

BERITA baik untuk kita semua, sebuah tinjauan baru-baru ini menunjukkan Kuala Lumpur merupakan antara bandar yang paling banyak dilawati di dunia.

Tinjauan tersebut dijalankan oleh Global Destination Cities Index yang melibatkan 200 buah bandar. Mereka akan menganalisis data serta jumlah pelawat yang datang ke bandar tersebut.

via GIPHY

Hasil kajian tersebut menunjukkan Kuala Lumpur mencatatkan 13.79 juta pengunjung sehingga akhir tahun lalu. Manakala Bangkok menduduki tangga teratas dengan 22 juta pelawat  tahun lalu.

Ia kemudian diikuti dengan London sebanyak 19 juta pelancong dan Paris dengan 17 juta pengunjung tahun lalu.

Kuala Lumpur berjaya mengalahkan Tokyo, Istanbul dan Seoul dibelakang carta tersebut.

Diharapnya Kuala Lumpur akan lebih cemerlang menerima tetamu dari luar negara. Yelah, barulah kita punya ekonomi dan industri pelancongan akan berkembang pesat selepas ini. Yea!

 

Sumber: Says

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my