Serious?!

Tunda tarikh tiga kali, Justin Bieber dan Hailey Baldwin umum majlis kahwin Mac ini!

Oleh  | 

WALAUPUN penyanyi pop terkenal Justin Bieber dan model cantik Hailey Baldwin sudah mengesahkan perkahwinannya pada September tahun lalu, namun nampaknya pasangan selebriti itu ada satu lagi berita baru nak disampaikan.

Ha! khabarnya Bieber dan Baldwin nak adakan majlis persandingan di Los Angeles pada 1 Mac ini. Tarikh itu menjadi pilihan mereka memandangkan ia adalah tarikh ulangtahun kelahiran Bieber. Nampaknya Bieber akan menjadi ‘married man’ pada usia 25 tahun sesuai dengan impiannya sejak dulu.

FOTO: US Magazine

Antara tetamu yang telah mendapat jemputan yang dipanggil ‘Save The Date’ itu ialah Kylie Jenner dan Travis Scott. Ia pasti menjadi hari paling bersejarah buat kedua pasangan Bieber dan Baldwin.

Untuk rekod, Bieber dan Baldwin telah menukar tarikh perkahwinan mereka sebanyak 3 kali. Apapun, tahniah Bieber dan Baldwin!

 

 

 

 

Sumber: Cosmopolitan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my