Serious?!

Umum hamil 5 bulan, tahniah buat Juliana Evans!

Oleh  | 

PELAKON dan pengacara kacukan Melayu-Inggeris Che Puan Juliana Evans telah berkongsi berita gembira tentang kehamilannya baru-baru ini. Menerusi laman Instagramnya, Juliana Evans yang juga dikenali sebagai Julie telah memuat naik sekeping gambar dan mendedahkan tentang kehamilannya yang kini berusia 5 bulan.

“So happy to announce that I am actually 3 months away from motherhood! ❤️ Hubby and I are so excited to be parents and been eager to share this good news with all of you! Thanks for all the wishes 😘 #alhamdulillah”

Juliana yang mendirikan rumahtangga bersama Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, berkongsi keterujaannya dengan menunjukkan baby bump menerusi foto-foto yang telah dimuat naik di Instagram. Pasangan ini mendirikan rumatangga pada April 2017 yang lalu.

Netizen beri ucapan tahniah

Ternyata khabar gembira ini telah mengundang respon daripada warga netizen. Ramai yang memberikan ucapan tahniah kepada pelakon cantik manis ini atas kehamilannya.

Foto: Instagram Juliana Evans

Foto: Instagram Juliana Evans

Team Dhia ingin mengucapkan tahniah kepada Che Puan Juliana Evans atas kehamilannya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tak sabar nak menanti anak Julie nanti! Yayyy…

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my