Be-You-Ty

Urat kaki timbul punca masalah keyakinan diri

Oleh  | 

PENAMPAKKAN urat pada anggota badan manusia sememangnya normal. Sesetengah orang merasakan urat timbul ni memang sesuatu perkara yang menarik atau seksi.

Akan tetapi bukan semua merasakan kehadiran urat timbul ni menarik atau seksi! Pada kita sebagai golongan wanita sebenarnya lebih gemar untuk memiliki kulit yang licin.

Walaupun ini bukanlah merupakan isu yang besar namun, ia mampu untuk menimbulkan masalah keyakinan diri. Oleh sebab itu, sis nak kongsikan sedikit beberapa tip yang korang boleh amalkan.

Ambil bantal, lapik kaki

Ketika korang baru nak masuk tidur tu, korang letakkan sebiji bantal pada bawah kaki. Dengan keadaan ini, kaki korang akan lebih tinggi dan perjalanan darah pun akan lebih lancar. Jadi kuranglah sikit tekanan pada kaki tu!

via GIPHY

Air Suam

Bukan untuk diminum tetapi untuk rendaman sahaja. Nakkan hasil yang lebih baik, taburkan sedikit garam bukit dalam air suam itu dan rendamkan kaki korang tu selama 20 minit. Air suam berserta garam sangat sesuai untuk merehatkan kaki yang letih dan garam itu pulak boleh membuang toksik berlebihan!

via GIPHY

Stokin

Wajib elakkan dari pemakaian stokin yang ketat. Ia memberikan tekanan yang tak elok pada kaki. Perlihara lah kaki korang ketika tidur juga dengan memakai stokin yang bersesuaian.

via GIPHY

Vitamin C

Pengambilan vitamin c merupakan satu perkara yang penting dalam merawat urat timbul. Perbanyakkan makan vitamin c yang semula jadi seperti lemon dan buah-buahan.

via GIPHY

Elakkan ‘high heels’

Selain daripada merosakkan kedudukan tulang belakang dan postur badan, kasut tumit tinggi juga boleh menjadi punca akan urat timbul pada kaki. Ini disebabkan tekanan yang tidak seimbang dan berat yang dihadapi oleh kaki kita.

via GIPHY

Pastikan korang utamakan kesihatan. Semoga artikel ini dapat membantu untuk atasi masalah ini. Sayangilah kaki kita!

Sumber:digitalungu.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my