D-Life

Usaha tak dihargai antara 4 punca pekerja angkat kaki!

Oleh  | 

SEBAGAI seorang fresh graduate, pekerjaan pertama kita sangat penting. Ini kerana kita bergantung kepada pekerjaan itu untuk mengasah segala bakat yang kita miliki. Namun, ada beberapa kes yang menunjukkan golongan ini suka bertukar-tukar kerja dari satu syarikat ke syarikat yang lain.

Tak semua graduan memilih atau tak tahan tekanan. Sebenarnya ada beberapa sebab lain yang membuatkan seseorang itu  angkat kaki daripada sesebuah syarikat.  Jom check benda ni!

Rakan kerja yang bermasalah

Rakan kerja yang ramah dan saling membantu memang menjadi salah satu sebab kenapa seseorang mempunyai motivasi yang tinggi untuk bekerja. Namun, jika mereka yang sepejabat dengan kita tidak memiliki ciri-ciri tersebut, kita pun akan cepat berasa penat dan beralah.

via GIPHY

Usaha tak dihargai

Antara sebab lain yang membuatkan seseorang rasa nak berhenti kerja ialah apabila segala usaha yang dilakukan untuk syarikat tersebut tidak pernah dihargai sama sekali. Mereka sering memaksa korang untuk kerja keras tapi tidak pernah memberikan repson yang membina sama sekali.

Gaji

Sudahlah usaha tak dihargai, gaji pun sering bermasalah. Gaji ni sebenarnya salah satu cara nak tengok sama ada sesebuah syarikat itu benar-benar menghargai pekerjanya atau tidak. Jika gaji rendah dan selalu dibayar lambat, kita pun malas nak kerja, kan?

via GIPHY

Diskriminasi

Salah satu benda yang sangat mempengaruhi kerja seseorang ialah jika majikan jenis yang suka mendiskriminasi pekerja. Majikan lebih cenderung memilih seseorang berbanding berlaku adil kepada pekerjanya. Komunikasi yang lebih telus antara majikan dan pekerja pun tak berjalan lancar sebab bos hanya akan dengar pendapat orang tertentu sahaja.

via GIPHY

Kalau syarikat korang mempunyai beberapa ciri di atas, sudah tentu korang pun tak bersemangat untuk terus bekerja. Bukan itu sahaja, syarikat itu pun akan gagal untuk mengasah potensi yang korang ada untuk memajukan diri. Maka, angkatlah kaki!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my