Oh-Oh-Tee-Dee

Usya sikit OOTD travel artis Korea Yoona & Park Shin Hye!

Oleh  | 

WAKTU travel, kebanyakkan dari kita memang mengambil berat pakaian yang dikenakan untuk kekal fashionable dan ber-OOTD di mana sahaja. Outfit yang dipilih kebanyakkannya seluar yang memudahkan korang untuk bergerak kesana dan kemari.

Tapi sebenarnya korang boleh juga menggayakan skirt waktu travel seperti yang selalu dipakai selebriti Korea. Park Shin Hye dan Yoona adalah antara artis yang selalu memilik skrit dalam gaya mereka. Mungkin ia boleh menjadi inspirasi untuk korang juga bila travel nanti.

Pilihan kemeja labuh bagi menggantikan jaket boleh menampakkan yang korang sangat chic dan santai!

Nak nampak aura sporty, boleh kenakan bomber jaket dengan baju belang macam ini. Kasut pula korang boleh padankan dengan sneakers.

Jom cuba gaya Yoona yang menggayakan skrit denim dengan sweater warna pastel. Kalau nak lebih menarik, pilihlah topi baret ini untuk lengkapkan penampilan.

Boleh juga kalau nak tiru gaya OOTD Park Shin Hye yang menggayakan baju bergaris dengan skrit kulit. Biar nampak lebih menonjol, dia pun mengenakan juga topi bowler sebagai aksesori.

Kalau korang travel ke kawasan yang dingin, boleh pakai sweater ini dan padukan dengan skirt lace. Biar gambar korang nanti makin hits!

Pakai dress waktu travel juga pun cantik juga tau. Nak pula korang padankan dengan outer panjang. Korang akan nampak sangat chic tapi simple.

Pemilihan warna cerah boleh menjadikan korang lebih cerah. Tiru sahaja gaya Yoona ini dengan baju warna putih yang dilengkapi dengan baju denim berwarna biru di luar.

Sumber: IDNtimes

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my