D-Life

Vagina gatal dan berbau? Ini antara sebabnya

Oleh  | 

SELALU kita nampak bermacam jenis produk membersihkan vagina ada dijual di pasar raya. Tapi, betul ke kita perlu membersihkan vagina dengan sabun khusus seperti yang ditunjukkan iklan dekat dalam televisyen tu?

Korang kena berhati-hati sebab kalau korang tersilap mendapatkan informasi salah tentang vagina, ia boleh mengundang kegatalan pada bahagian alat sulit kita tu. Ada beberapa fakta yang korang kena tahu tentang vagina.

via GIPHY

Bahagian vagina yang boleh korang bersihkan adalah luaran sahaja yang dipanggil vulva dan bahagian bibir vagina luar dan dalam. Bahagian yang dalam vagina (dari lubang masuk hinga ke tubuh) mampu membersihkan dirinya sendiri.

Vagina sepatutnya mempunyai suhu PH antara 3.5 – 4.5. Ia adalah bagi mengelakkan ia dijangkiti bakteria. Jika vagina korang tidak berada pada suhu ini, sebab itulah ia korang rasa gatal, iritasi sehingga menimbulkan bau yang busuk.

via GIPHY

Kalau korang nak membeli pembersih wanita, cari yang tiada pewangi kdan tak mengandungi alkohol. Kalau vagina korang dibersihkan secara berlebihan, ia akan menyebabkan kegatalan.

Bersihkan vagina korang dengan tangan dan bukan objek lain seperti loofah yang boleh menyebabkan kecederaan. Bersihkan vagina dua atau tiga kali sehari.

via GIPHY

Satu lagi yang korang kena tahu ialah, selepas buang air kecil, cuci vagina dengan air kencing dan cepat-cepat lap suapaya ia kering. Jangan basuh dari arah belakang kerana korang menyebarkan bakteria dubur ke vagina.

Jadi, secara konklusinya, korang kena tahu bahawa vagina kita sebenarnya boleh menyucikan dirinya sendiri. Korang hanya boleh sentuh bahagian bibir vagina sahaja agar ia kekal sihat dan segar. Ok?

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my