Serious?!

Victoria’s Secret Fashion Show 2019 dibatalkan? Why?

Oleh  | 

VICTORIA’S Secret Fashion Show sememangnya sebuah acara tahunan yang dinantikan saban tahun. Keterujaan melihat model-model cantik bertaraf antarabangsa catwalk di atas pentas dengan mengenakan pakaian dalam yang cantik sememangnya ditunggu-tunggu oleh penggemar jenama ini.

Namun,baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan acara fashion show untuk tahun dibatalkan. Why? Hal ini diakui sendiri oleh supermodel  Victoria Secret iaitu Shanina Shaik yang juga merupakan VS Angel sejak tahun 2011.

“Sayangnya Victoria’s Secret Fashion Show dibatalkan pada tahun ini. Hal ini dapat saya jangkakan apabila pada setiap tahun saya akan dilatih untuk menjadi salah seorang Victoria’s Secret (Angel). Namun, pada tahun ini pihak VS tidak melakukan hal yang sama. Saya percaya pihak VS sedang berusaha melakukan pembaharuan kerana Victoria’s Secret Fashion Show  merupakan salah satu fashion show terbaik di dunia,” Ujarnya.

Selepas 23 tahun, akhirnya Victoria’s Secret Fashion Show tidak lagi diadakan

 

View this post on Instagram

 

Sorry we’re feeling nostalgic after news broke of the #VictoriasSecretFashionShow being cancelled. 😯 Hang up your wings at the link in our bio for the angel speaking out about the “rebrand”. (📷: Getty Images)

A post shared by E! News (@enews) on

Menurut sebuah portal Mirror.co.uk, lebih dua dekad penonton daripada serata dunia  menantikan acara ini setiap tahun. Siapa je yang tak teruja untuk melihat model-model antarabangsa seperti Gigi Hadid, Bella Hadid, Kendall Jenner dan nama-nama besar yang lain berjalan di atas runaway dengan mengenakan lingerie dan sayap yang cantik. Pakaian yang mereka peragakan sememangnya  mempunyai keistimewaan dan kelihatan glamour. 

Fashion Show iconic ini juga turut  ditambah serinya dengan kehadiran penyanyi terkenal untuk melakukan persembahan semasa model-model memperagakan pakaian mereka di atas pentas.

Namun sebelum perkhabaran ini menjadi tular, Leslie Wexner yang juga merupakn  chief executive of Victoria’s Secret Company telah mengeluarkan kenyataan pada Mei lalu bahawa Victoria’s Secret Fashion Show tidak lagi ditayangkan di televisyen.

Related image

Keputusan ini dilakukan kerana pihak management VS merasakan acara ini sudah tidak relevan untuk ditayangkan di televisyen kerana pada waktu ini kebanyakan orang lebih ramai menggunakan platform digital untuk menonton sesebuah rancangan.

Namun pihak VS mempunyai alasan yang kukuh untuk membatalkan fashion show mereka pada tahun ini kerana mereka ingin menambah baik VS Fashion Show dari semasa ke semasa selari dengan teknologi pada hari ini.

Hmmm, tak dapat lah nak tengok model kegemaran sis catwalk tahun ni. Sedih!

 

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my