Serious?!

Apa nak buat bila lelaki ‘moody’? Ini Bunkface kasi ‘solution’

Oleh  | 

 

LELAKI dan perempuan memang dijadikan berbeza. Masing-masing macam dari dari planet berbeza dan kena belajar untuk saling menghormati dan memahami.

Ada macam-macam cara nak pujuk perempuan kalau merajuk. Si lelaki akan belikan bunga, hantar makanan atau nyanyikan lagu untuk kekasih dia.

Tapi, bila pakwe kamu pula merajuk, kamu mesti tak tahu apa nak buat. Jom kita dengar nasihat Bunkface macam mana nak handle lelaki kalau tengah moody.

“Bila lelaki tu moody, awak hanya perlu tenang dan jangan  buat tindakan yang tidak sepatutnya.

“Lelaki  punya moody kadang out of control. Maka, kita kena perbaiki situasi dengan saling bertoleransi.” ujar Paan atau nama sebenarnya Ahmad Farhan  yang juga merupakan gitaris Bunkface.

FOTO: Instagram Sam

Ditanya apakah cara terbaik untuk mengekalkan sebuah perhubungan, Sam berkata kedua-dua pihak haruslah menghadapi situasi tengang dengan cara yang bijak.

“Pastikan ianya bukan sekadar drama atau cakap kosong. Fokuslah kepada penyelesaian”

Sam turut berpendapat, give and take juga adalah cara terbaik untuk memelihara perhubungan.

“Macam saya dan Isteri, kami masing-masing mempunyai  ada kerjaya . Jadi, kami kena hormati dan sokong pilihan masing-masing.”

FOTO: Instagram Sam

Beliau turut menekankan kepentingan untuk saling  berbincang. Ini kerana, melalui perbincangan, kedua-dua pihak akan lebih memahami keinginan masing-masing.

Ada benda yang memang perempuan hebat tapi lelaki tidak. Begitulah juga sebaliknya. Namun, itulah yang saling melengkapkan sesama kita.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my