Serious?!

Video lelaki ini jumpa kembali anjing yang hilang undang sebak!

Oleh  | 

TIDAK hanya hubungan manusia sesama manusia yang perlu kita raikan. Namun hubungan antara manusia dan haiwan juga boleh menjadi sangat erat dan mengaharukan. Bagi sesetengah orang, haiwan peliharaan tidak hanya sekadar menyerikan suasana rumah. Mereka juga menjadi sahabat karib, teman bergurau di kala kesunyian.

Sebuah keluarga telah memelihara seekor anjing jenis Pug yang diberi nama Piper di rumah mereka. Walaupun semua orang menyukai Piper, namun hubungan anjing itu dan anak lelaki mereka iaitu Carter dilihat sedikit istimewa. Mereka berdua sangat akrab dan sukar sekali dipisahkan.

Namun, mereka sekeluarga terpaksa menempuh saat yang mendukacitakan apabila anjing kesayangan mereka didapati hilang bulan lalu. Bermacam-macam usaha dilakukan untuk mencari Piper. Mereka telah memuatnaik gambar Piper di media sosial dan pergi bertanya kepada jiran tetangga. Malangnya, tiadak siapa yang melihat Piper.

Mereka menjadi sangat sedih sekiranya tidak dapat berjumpa Piper lagi. Satu keluarga jatuh sakit. Lebih-lebih lagi anak lelaki mereka yang sangat kecewa kehilangan Piper sehingga tidak bersemangat menghias pokok Krismas.

Namun, menjelang beberapa hari lagi sebelum Krismas. Ada satu berita gembira yang terjadi apabila sebuah pusat penjagaan haiwan bernama Genesee County Animal Shelter menghubungi keluarga mereka di Facebook. Ada seseorang telah menghantar Piper ke pusat penjagaan mereka.  Mereka sekeluarga sangat terkejut dengan berita itu.

Carter masih tak tahu lagi tentang perkara ini memandangkan dia berada di luar kota. Jadi mereka ingin melakukan kejutan untuk anak mereka.

Ternyata Carter sangat sebak sehingga menitiskan air mata sebaik sahaja melihat Piper di dalam kereta. Piper menggoyangkan ekornya dan terus mencium Carter. Video itu begitu mengharukan.

Tak kisahlah kalau bukan anjing sekalipun. Penting untuk kita semua berkasih-sayang dengan semua haiwan di atas muka bumi ini. Janganlah kita menganiaya binatang tetapi sayangilah mereka. Mana tahu mereka pun mendoakan kebahagiaan kita di dalam hatinya.

Sumber: The Dodo

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my