Serious?!

Menang di Perancis, video PSA anak Malaysia ini bikin meremang!

Oleh  | 

BULAN Ogos tahun ini meriah betul dengan kemenangan anak Malaysia bernama Nadiah Hamzah apabila berjaya membawa pulang  bronze medal di Cannes Gold Lion 2019 Award!

Berita gembira ini dikongsikan melalui lama media sosial Twitter. Bukan calang-calang tau anugerah ini. Ia adalah sebuah majlis anugerah berprestij yang diadakan Cannes, Perancis sebagai memberi pengiktirafan kepada mereka yang berkecimpung dalam industri pengiklanan dan komunikasi kreatif.

Anugerah ini merupakan acara tahunan yang sudah menjengah 66 tahun. Anak Malaysia Nadiah Hamzah nampaknya memiliki tuah apabila video iklan yang dihasilkannya bertajuk Voice of the Children berjaya menambat hati juri.

Video berdurasi 2 minit 47 saat itu membawa mesej evergreen iaitu tentang buli. Apa yang menarik tentang video ini sampai meremang bulu roma ialah cara penyampaian video itu. Meremang weh!

Menurut Nadiah, video itu dihasilkan bersama-sama dua orang lagi pengarah iaitu Syed Madnuh dan Emir Ezwan. Menerusi Twitter juga, Nadiah mengakui video tersebut dihasilkan bersama-sama Leo Burnet.

Ha, ini satu lagi benda menarik. Rupanya Nadiah bukan sahaja pengarah video PSA itu sahaja, Beliau juga baru sahaja mengarah filem seterusnya bertajuk Motif yang bakal ditayangkan September ini.

Semoga berjaya Dhia ucapkan kepada Nadiah and the team!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my