Serious?!

Viral gambar intim dengan abang menteri, Emma akui kecuaian sendiri

Oleh  | 

TULAR di laman sosial baru-baru ini apabila foto pelakon Emma Maembong tidak bertudung sedang bermesraan bersama dengan seorang jejaka yang juga merupakan abang kepada seorang menteri.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail bagaimanapun tidak menafikan bahawa individu dalam salah satu gambar yang tular itu ialah dirinya.

Beberapa jam setelah gambar itu menjadi viral di laman sosial, Emma telah memuat naik sebuah foto di Instagram dengan kapsyen memohon maaf atas kecuaiannya.

Saya minta maaf atas saya lalai. Memang salah saya. Bukan salah kawan, keluarga atau sesiapa. 

Jangan salahkan mereka sebab saya yang lalai. Terima kasih kepada yang nasihat, marah, kecewa dan sedih atas kelalaian saya.

Walaupun ramai cakap  pergi minta maaf dekat Allah, tapi saya tetap juga kena minta maaf dengan manusia. Tak sempat nak balas komen satu-satu sebab banyak sangat. Tapi terima kasih atas sokongan yang positif. 

Sayang kamu semua dan maafkan saya” katanya dalam kapsyen terbaharunya di laman sosial.

Kontroversi yang menimpa Emma nampaknya telah mengundang perhatian banyak pihak termasuklah Da’i Wan  yang menganggap bahawa aib Emma yang terbongkar itu bukanlah sesuatu keburukkan namun ia adalah sesuatu untuk diubah dan memperbaiki diri.

Apapun, setiap daripada kita pasti pernah melakukan kesilapan. Team Dhia berharap agar Emma mengambil pengajaran daripada kesilapan kali ini sebagai pedoman di kemudian hari.

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my