Be-You-Ty

Vitamin apa yang harus diambil untuk kekal sihat dan cantik?

Oleh  | 

SETIAP orang memerlukan nutrisi yang lengkap untuk kekal sihat. Dalam nutrisi lengkap seseorang individu, vitamin merupakan elemen kedua terpenting dalam piramid pemakanan.

Keperluan vitamin bervariasi mengikut seseorang individu bergantung kepada usia, keadaan kesihatan dan jantina. Perempuan misalnya memerlukan vitamin yang berlainan daripada lelaki.

Justeru apakah jenis vitamin yang diperlukan perempuan untuk kekal sihat dan cantik. Ini kami senaraikan 4 antaranya.

 

Vitamin D

FOTO: Pexels

Wanita paling berisiko terdedah kepada kerapuhan tulang. Justeru, vitamin D sangat diperlukan untuk mencegahnya. Vitamin D dapat diperoleh daripada ikan-ikan laut seperti salmon, tuna dan makerel. Cahaya matahari juga sumber vitamin yang baik. Jadi jika mahu tulang yang kuat, berjemurlah di bawah cahaya matahari!

 

Vitamin B12

Selain kerapuhan tulang, wanita juga berisiko diserang gangguan demensia. Vitamin yang dapat ditemukan dalam makanan seperti daging, susu dan putih telur ini dapat mencegah seseorang  daripada keletihan, anxiety dan stress yang berlebihan.

 

Vitamin A

via GIPHY

Sayuran yang berwarna hijau seperti sawi, bayam dan kangkung mempunyai vitamin A yang sangat tinggi. Vitamin ini dapat menguatkan gigi, tulang, kulit dan organ dalaman yang lain. Ingin melambatkan proses penuaan? Vitamin A-lah yang kamu perlukan untuk mengatasinya saat ini!

 

Vitamin K

FOTO: Unsplash

Selain meningkatkan sistem imun, vitamin K juga dapat memperkuat tulang, kestabilan peredaran darah dan mengatasi risiko sakit jantung. Fungsi vitamin K menghampiri vitamin C. Vitamin K boleh diperoleh daripada makanan seperti gandum, kacang soya, dan juga minyak ikan.

 

Sumber:  Dr Axe

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my