Dhiaventure

Wafa Sana Sini : ‘Make sure’ korang pergi 5 kedai ni kalau singgah Adelaide Central Market

Oleh  | 

BERITA baik kepada semua kaki travel sebab Malindo Air tengah promosi mur-mur bermacam routes! Antara laluan yang tengah murah ialah route dari Malaysia-Denpasar-Adelaide serendah RM1,599. Ihsan Malindo Air inilah telah membawa sis mengembara bumi Kangaroo di Australia Selatan iaitu Adelaide. Kalau nak harapkan duit poket sis yang sendu-sendu, alamatnya lama lagilah. Hiks!

FOTO: Indaily.com

Orait never mind! Oleh sebab sis terlalu gembira, maka sis tekad untuk menulis travelog paling ohsem abad ini tentang tempat-tempat best dekat Adelaide. Korang mungkin tak biasa dengar tentang Adelaide. Ha, sebab itulah sis ke sini untuk sama-sama discover keindahan ciptaan Tuhan dekat sini. Barulah lain dari yang lain betul tak? Kalau sama saja macam semua, bosan!

via GIPHY

Kalau korang sampai ke Adelaide, pastikan korang singgah ke Adelaide Central Market. Tempat ni sumpah legend sebab ia telah dibina sejak tahun 1869 lagi. Ia juga telah menjadi tempat terkenal orang ramai nak bersarapan dengan keluarga dan beli barangan harian. Tak hairanlah kalau tempat ni adalah hotspot nak cari produk segar barang tempatan dan dikunjungi 8 juta pengunjung setiap tahun. wuhu!

Orait, ini adalah 5 kedai dalam Central Market yang sis sangat sarankan korang try!

1.Marco

 

Kedai ini ada bermacam jenis cendawan. Dari spesies kecil, besar sampailah kepada yang rare! Antara yang famous ialah jenis cendawan bernama wild porcini yang sekarang ni tengah menjadi kegilaan dekat sini. Lebih menarik, cendawan tu hanya ada dekat hutan Australia.

BACA: Wafa Sana Sini :Travel last minute; Pulau Kapas kan ada

2. Jamu

 

Elok sikit okay, bukan herba Indonesia. Tapi Jamu adalah nama kedai coklat warna merah jambu. Apa yang menarik ialah kedai coklat ini berkonsepkan healthy chocolate dan sesuai untuk vegetarian.

3. The Carousel

Antara benda terkenal dekat Central Market dia ialah almond dia yang dikatakan sebagai Almond terbaik dekat situ. Sis suka sebab kedai dia ala-ala 90-an gitu. Mengembalikan memori orang-orang yang membesar dekat kawasan bandar Adelaide ni.

4. Tropical Fruits

 

Okay korang memang akan terkejut tengok kedai buah dia sebab banyak gila buah-buahan. Setiap buah akan berbeza mengikut musim. Waktu sis pergi ni, kedai ni tengah famous buah avocado yang besar nak mampus dipanggil Avozilla. Diorang cakap kadang-kadang diorang pun akan jual durian. Tapi harga dia, ehem. Mahal!

4. Turkish Delight

 

Mari kita bergerak ke kedai pencuci mulut paling famous dekat sini iaitu pencuci mulut khas dari Turki iaitu Halvah. Serius memang manis gila. Memang bahaya kalau makan selalu. Tapi memang sedap. Bayangkan untuk buat satu bulatan besar ni memakan masa selama 7 jam.

Bayangkan dengan hanya meluangkan masa dekat Central Market ni, korang macam merantau dekat satu dunia dengan bermacam makanan dari setiap negara. Keadaan kedai ini pula sangat selesa maka sebab itulah ramai yang datang untuk belajar dan bertemu rakan dekat sini. So, kalau korang terbang ke sini jangan lupa datang tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my