Dhiaventure

Wafa Sana Sini : Mana ‘cafe best’ nak pergi bila lepak Penang? Banyak je!

Oleh  | 

Alrite geng, kembali lagi kita dalam artikel bersiri Wafa Sana Sini. Artikel di mana sis akan berceloteh tentang tempat-tempat yang sis lawati secara jujur dan telus tanpa ada keraguan. Lepas ke Adelaide hari itu, sis kembali berjalan ke tempat paling seronok kalau nak makan-makan iaitu Penang! Sebab secantik apapun tempat orang, tetap merindui tanah air sendiri.  Gitu!

Kalau korang pergi Penang, mesti korang akan makan apa yang selalu menjadi viral dekat Penang kan? Macam nasi kandar, roti canai atau pasembur. Special sikit kali ini untuk semua pembaca dhia, sis bukan sahaja akan bawa korang makan dekat tempat yang selalu menjadi tumpuan pelancong, malah sis juga akan bawa korang meneroka cafe cantik yang hipster dan memiliki menu yang sedap untuk korang cuba.

BACA:Wafa Sana Sini : Make sure korang pergi 5 kedai ni kalau singgah Adelaide Central Market

Sepanjang mencari cafe ini, ada juga cafe yang sis kunjungi sangat cantik. Tapi sayangnya tidak halal. Oleh itu, agak tak sesuai untuk sis kongsikan dan ajak korang ke sini. Apapun, jangan risau, ini adalah senarai cafe yang korang wajib pergi sekurang-kurangnya sekali kalau korang ke Penang. Demi menulis artikel ini, sis telah mengorbankan diet sis selama sebulan oleh itu make sure korang baca sampai habis tau!

The Mugshot Cafe

Ini adalah cafe yang agak popular juga dikalangan pelancong. Waktu mula-mula nak masuk cafe ni pun sis nampak ramai yang bukan Malaysia dekat cafe ini. Mungkin disebabkan tingkat atas cafe ini merupakan sebuah guesthouse atau hostel untuk perempuan. Jadi, korang boleh juga duduk dekat sini kalau travel ke Penang. Coffee dia sangat sedap ya kawan-kawan.

Tapi apa yang special ialah Bagel dekat kedai ini. Dia dia bakar secara tradisional  dalam ketuhar yang dahulunya digunakan untuk bakar pizza.

BACA:Wafa Sana Sini : Travel last minute, Pulau Kapas kan ada!

Waktu sis datang, diorang dah meluaskan kawasan kedai dia. Dengar cerita diorang akan buka salon pula dekat kedai ni. Wow!

Narrow Marrow

Juga tak jauh dari cafe pertama, kita pergi ke cafe seterusnya iaitu Narrow Marrow. Waktu nak masuk tu sis ragu-ragu juga sebab nampak macam seram. Tapi bila dah masuk, tudia. Lawa bak hang! memang sesuai untuk orang muda yang nak lepak bawa kawan.

Kalau nak sembang harga makanan, kebanyakannya berharga 15 ringgit ke atas. Kalau bajet terhad, korang beli je lah makanan kongsi ramai-ramai sebab air masak diorang bagi free.

Ice cafe

Okey cafe seterusnya ini pernah viral juga dulu waktu awal-awal dibuka. Ia bertemakan musim salji dan ais batu. Lain sikit dekorasi kedai ini. Makanan dia pula kebanyakannya pencuci mulut macam kek, ais krim. Sesuailah kalau korang nak makan benda yang ringan-ringan sahaja. Kalau korang tengah lapar betul, elok kornag pi kedai lain dulu penuhkan perut. Sebab takur korang tak kenyang.

Bolehlah kalau korang nak feeling makan bersama beruang kutub utara macam ini.

Constant Gardener Coffee

Okay untuk cafe seterusnya ini memang terkenal untuk penggemar kopi. Dekorasi cafe ini mula ala-ala rumah dan dalam taman. Sangat selesa dan tenang. Sis hampir rasa nak tidur dibuatnya. Kalau korang bukan penggemar kopi, mereka juga ada jual teh yang rasanya sumpah sedap. Korang order je yang paling laku. Tempat ini sangat tenang untuk korang membaca dan mencari lelaki kacak yang membaca. Eh? Lain pula perginya.

China house

Agak terkenal juga cafe ini di Penang sebab keluasan kedai dia sangat besar. Apa yang menariknya cafe ini selain daripada dekorasi kedai yang mantap. Di tingkat atas cafe ini ada disediakan galeri dan kedai cenderahati. Jadi sementara tunggu makanan korang sampai, Korang boleh tambah ilmu pengetahuan tentang sejarah dengan pameran yang disediakan. Kadang-kadang kalau korang bertuah, korang boleh tengok live band waktu malam.  Bestnya!

Sebenarnya kalau sis ada masa yang lebih dekat sikit dekat Penang haritu, sis memang akan akan tulis banyak lagi senarai cafe untuk korang kunjungi. Namun apakan daya, masa sis tak lama di Penang. Apapun, semoga sis membantu korang waktu travel orang ke Penang. Selamat berjalan!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my