Dhiaventure

Wafa Sana Sini: Tada! ini benda yang korang wajib buat di Pulau Redang

Oleh  | 

KALAU korang pernah membaca siri kembara sis sebelum ini, korang mesti dah tahu betapa sis sangat suka keindahan Pulau Kapas yang pernah disenaraikan sebagai tempat indah yang belum banyak dijejaki di Asia. Penulisan sis akan nampak lebih direct untuk beritahu korang apa yang korang boleh buat, bajet berapa yang korang boleh bawa.

Tapi untuk edisi Pulau Redang, nature artikel kali ini akan berbeza sikit. Selain menceritakan kepada korang berapakah bajet dan cara nak pergi ke sana, sis akan kongsikan apakah yang sis lalui sepanjang kembara singkat 3 hari 2 malam ke Pulau Redang. Orait?

Sebenarnya setiap kali memulakan perjalanan kemana-mana, sis akan ada lagu pilihan. Ala, macam lagu tema. Jadi sis memilih lagu seorang penyanyi bernama Kunto Aji bertajuk Rencana-Rencana. Korang boleh dengar lagu itu sepanjang membaca artikel ini, ok?

via GIPHY

Ada dua jeti  yang boleh membawa korang ke Pulau Redang (Long Beach). Pertama dari jeti Shahbandar dan yang kedua dari Jeti Merang. Setiap resort akan menyediakan bot khusus untuk mengambil penumpang masing-masing di jeti tertentu. Sis memilih untuk menaiki jeti Merang seperti apa yang dicadangkan oleh chalet tempat sis menginap nanti iaitu Redang Pelangi Resort.

Nak duduk resort mana eh?

Tak menggunakan mana-mana ejen. Sis akan berurusan terus dengan pihak resort menerusi emel rasmi yang ada di laman web mereka. Sis akan telefon beberapa resort untuk menimbang manakah resort terbaik dengan harga paling berpatutan. Korang boleh juga baca mana-mana review dekat website terkenal untuk para traveller.

Setelah melakukan pertanyaan dan penyelidikkan, sis merasakan resort yang sis pilih adalah sangat berpatutan. Dengan harga RM450, korang akan dapat full board package bermula dari bot ulang alik dari jeti, snorkeling tiga tempat berbeza (termasuk tengok penyu), penginapan, makanan (sekali makan siap 5 hingga 6 jenis lauk ya Allah!) dan yang paling penting, biliknya bersih dan berdekatan jeti utama!

Korang boleh juga menginap di resort lain di sepanjang pulau itu. Tapi ingat, sewaktu korang membeli mana-mana pakej, pastikan korang tanya betul-betul apakah yang ada di dalam pakej tersebut. Ada pengalaman dari para traveler yang membeli pakej murah tapi tak dikira sekali dengan aktiviti snorkeling melihat penyu. Ertinya, kalau korang nak  snorkeling ke tempat yang ada penyu, korang kena bayar caj tambahan. Jadi tolak tambah harganya sedikit lebih mahal dari pakej yang sis beli ni. Ada juga resort yang makanannya tak seberapa sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Snorkeling jom!

Tak pantai la kalau kita tak pergi snorkeling, betul tak? Korang boleh sewa alatan snorkeling dan jaket keselamatan di resort berkenaan dengan harga RM10 setiap satu dan boleh digunakan sehinggalah korang check out. Sebelum snorkeling pastikan pakai sunblock dulu ok.

Salah satu benda yang sis selalu buat ialah berbaik-baik dengan orang pulau. Sembanglah pasal sejarah pulau ni ke, pengalaman mereka. Memandangkan waktu sis pergi haritu hanya ada tiga orang rakyat Malaysia selebihnya pengembara dari luar negara. Jadi mereka extra sikit bawa penyu depan mata sis lepas tu jaga kita tahap A class. Nah, ni sis ada upload sikit video menerusi Instagram sis.

Memandangkan korang boleh menggunakan alatan menyelam sampai habis. Jangan lepaskan peluang untuk snorkeling dekat tepi-tepi pantai depan resort korang. Inilah keistimewaan Pulau Redang. Keindahannya luar biasa dan jernih airnya boleh dilihat hanya dengan sekali pandang.

 

View this post on Instagram

 

“Listen to the sounds of nature. Wishing you the best on your trek towards your dreams,”

A post shared by Wafa Awla (@wafa_awla) on

Benda yang seronok bagi sis tentang snorkeling ialah, sewaktu kita berenang, kita macam tercampak ke dalam satu dunia yang senyap. Kita akan mendengar suara hati kita dengan lebih teliti. Waktu inilah kita boleh melupakan banyak benda yang mengusutkan kepala kita. Kini hanya ada kita, air laut, ikan dan kesunyian lautan.

Btw, diorang pun ada buat kelas scuba diving tau. Walaupun korang tak ada lesen, korang boleh cuba scuba dekat sini. Tapi yelah, sia tak buat sebab bajet tak padu kali ni. Tapi sis ada buat scuba dekat pulau yang lain. Hiks!

Bermain di tepi pantai

Dekat tepi pantai Pulau Redang ada banyak kedai dan cafe yang korang boleh lepak sambil minum ABC. Tapi, sis galakkan korang untuk keluar daripada bilik dan bermainlah di tepi pantai. Jejaklah pasir pandai, kotorkan diri korang. Ketepikan telefon korang dan enjoy! Bergelak ketawa!

via GIPHY

Malam nak buat apa?

Keistimewaan tempat penginapan sis ialah ada persembahan waktu malam. Jadi, korang boleh lepak sambil dengar muzik. Setiap resort ada keistimewaan dan persembahan yang berbeza. Jadi korang boleh jalan-jalan sepanjang pulau dan singgahlah di kafe mana-mana resort.

Plankton

Kalau korang bernasib baik, korang boleh jumpa plankton di tepi pantai pada jam sekitar 1 hingga 2 pagi.

FOTO: Maldives

Plankton tu macam dalam gambar ni. Tapi ni dekat Maldives. Kalau depat Pulau Redang dia tak sebanyak ini. Tapi korang boleh tengok. Ia ada di area pantai berdekatan restoran Vitamin Sea. Jadi, apa yang sis buat ialah, sis akan tidur tepi pantai dan set alarm pukul 1. Buka mata terus pergi dekat gigi air tu. Tengok betul-betul dan korang akan jumpa plankton tu!

Tengok matahari naik

Jangan lepaskan peluang untuk tengok matahari naik  di tepi pantai. Setiap kali tengok matahari terbit dekat pantai sis selalu ada perasaan yang ini adalah hari yang baru. Segala hal baik akan lekas terjadi pada hari ini. Malam pun berakhir. Macam segala episod kesedihan kita. Ia pun akan berakhir juga.

Baiklah, itu antara cadangan yang sis boleh berikan kalau korang nak pergi ke Pulau Redang. Sis tak buat video pula kali ini sebab terlalu syok duduk dekat situ. Next trip sis janji buat video okey. Kalau korang nak tanya apa-apa, boleh je DM sis.

via GIPHY

Apapun, kita patut berbangga tau ada tempat yang cantik dan tarik ramai pelancong ke sini. Semoga kita akan lebih bersikap terbuka dengan para traveller yang datang dari luar negara serta lebih menghargai kaindahan tanah air kita sendiri.

Overall ini bajet yang sis gunakan.

Tambang bas dari KL pergi balik   = RM88

Pakej Pulau Redang                          =RM450

Sewa alatan menyelam dan jaket    =RM20

JUMLAH                                             =RM558

Kalau korang naik kereta atau flight, harga korang mungkin akan lain sikit. Sama juga kalau korang menginap di resort yang lebih murah. Apapun, inilah harga yang sis gunakan dan sis sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang sis terima. Korang pula macam mana? Selamat mengembara!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my