Dhiaventure

Wah! Cendol disenarai CNN antara pencuci mulut terbaik di dunia!

Oleh  | 

TERINGAT pula waktu kecil-kecil, ayah selalu bawa makan cendol. Siapa yang tidak suka minum cendol yang bercampur rasa manis, lemak, sejuk dan lembut sewaktu hari panas, kan? Itu antara nikmat dunia yang jangan korang lepaskan.

Baru-baru ini, CNN ada keluarkan antara 50 makanan penutup terbaik di dunia. Kalau korang nak tahu, Cendol adalah antara yang diperkatakan. Cumanya, dalam artikel tersebut cakap Cendol berasal dari Singapura.

Dekat singapura, Cendol boleh didapati  di semua restoran di tepi pantai. Ada juga yang menjual cendol di tepi jalan. Lebih kurang di Malaysia juga.

Diperbuat daripada tepung beras dengan tambahan pewarna hijau dan sari pandan. Memang mengancam. Itu belum lagi kita ukur kreativiti penjual yang menabur kacang merah, sirap gula atau karamel. Selain daripada Cendol, jom kita terjah apa agaknya antara makanan lain yang disenaraikan CNN.

Pavlova

via GIPHY

Rasanya semua familiar kot dengan pavlova yang rasanya empuk dan manis ini. Ia adalah cake sponge Australia  yang diambil sempena nama ballerina popular Rusia iaitu Anna Pavlova. Bahagian luar kek ini dibuat daripada krim kocok dan rasa manis dan kenyal di dalamnya.

Kashata

FOTO: Cookiecompanion

Okey, jom beralih ke Afrika Timur. Mereka mempunyai hidangan manisan uang dibuat daripada hula dan kacang. Ia menggunakan bahan seperti caramel dengan kacang dan kelapa segar. Bukan itu sahaja, ia turut diadun dengan rempah untuk menambah rasa khas. Tudia!

Dan Tasts

Peminat Jackie Chan, ini sis nak bagitahu juga bahawa mereka turut mempunyai kudapan yang sedap dipanggil Dan Tast. Ia berbentuk bulat seperti custard selain mempunyai tektur lembut di bahagian tengah. Ada yang cakap hidangan ni macam ala-ala makanan orang portugis yang dipanggil pastels de nata. Sebabnya, makanan ini tersebar apabila orang Portugis mendarat di tanah Hong Kong suatu masa dahulu. Tats paling best bila kita makan waktu betul-betul keluar daripada oven.

Kulfi

FOTO: Healthy Food Club

Okey mari beralih ke India. Mereka ada manisan segar yang dipanggil Kulfi iaitu ais krim khas India. Ia memerlukan teknik untuk menggaul  selama berjam-jam. Proses ini dimulakan dengan memanaskan susu segar dalam api dalam api kecil. Rasa manis susu itu akan terhasil secara semulajadi.

Tub Tim Kron

Ha, mari patah balik ke Asia Tenggara dengan hidangan Thailand yang bermaksud batu rubi renyah. Sebabnya makanan itu mempunyai bermacam warna cerah macam rubi. Ia terhasil daripada kacang yang telah dicelup  dengan sirap sebelum dibalut tepung tapioka dan direbus.

Santan manis yang ditambah dengan aroma pandan dan air menambah lagi selera untuk dimakan  sewaktu hari sedang terik panas. Apalagi, jom travel dan menimati  pencuci mulut terbaik ini!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my