Dhia Glam

Wah! Gaun Lady Gaga ala Cinderella curi tumpuan di Golden Globe 2019

Oleh  | 

SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi kegilaan ramai iaitu Lady Gaga dengan selera fesyennya yang selalu mencuri tumpuan  sejak dahulu lagi.

Baru-baru ini pelakon A Star Is Born itu mencuri perhatian dengan busana gaun couture berwarna biru ala-ala Valentino seakan-akan puteri dalam lagenda dongeng Cinderella.

Gaun lengan panjang mengembung dengan bahagian bawah yang meleret ke lantai menyerlahkan lagi keayuaan penyanyi itu.

Tidak hanya dengan itu, Lady Gaga turut melengkapkan penampilannya dengan aksesori berlian dan anting-anting dari Tiffany & Co. Betul-betul macam puteri!

FOTO: express.co.uk

Namun begitu, beliau nampaknya masih mengekalkan identiti apabila  mewarnakan rambut yang mempunyai warna serasi dengan gaun beliau.

Gaga telah tercalon dalam beberapa kategori seperti Pelakon Drama Terbaik, Sutradara Terbaik dan Filem Drama Terbaik dalam Golden Globe 2019.

 

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my