Serious?!

Siapa Bobo yang disebut Sajat dan Aliff Syukri tu?

Oleh  | 

SEMALAM, bobo di mana? Bobo sama siapa, ngapain aja?”

Itulah lirik Bobo Di Mana nyanyian Aliff Syukri, Sajat dan penyanyi dari Indonesia Lucinta yang semakin mendapat perhatian netizen. Sehingga kini, video lirik lagu tersebut mencecah tontonan sehinggga 9 juta penonton sejak mula dimuat naik 5 September lalu. Wow!

Sejak video itu dimuat naik, pelbagai kecaman dan kritikan diberikan netizen terhadap lagu itu. Lihat sahaja ruangan komen di channel Youtube mahupun di media sosial tiga penyanyi tersebut.

Ada yang senang dengan lagu tersebut dan tidak kurang juga ada yang memberi kata-kata pedas dengan mengatakan lagu itu berunsur lucah.

Berang dengan tindakan sesetengah pihak yang memutar belit lagu tersebut, Sajat memuat naik kenyataan di laman Instagram-nya menjelaskan ‘bobo’ di dalam lagu tersebut bermaksud ‘tidur’ sekaligus menidakkan khabar angin yang mengaitkan ‘bobo’ sebagai salah satu bahagian daripada sosok badan perempuan.

Haa, itulah netizen. Lain kali, periksa dahulu sebelum bagi sebarang komen. Kan dah tersalah!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my