Be-You-Ty

Wah! Rihanna release foundation Fenty Beauty baharu untuk kulit kering!

Oleh  | 

KORANG mesti tahu jenama alat solek Fenty Beauty kan? Tipu lah kalau tak tahu. Pada tahun 2017, Fenty Beauty telah melancarkan foundation  Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation dan iainya mendapat sambutan yang baik kerana jenama ini menawarkan foundation yang mempunyai semua jenis kod warna kulit.

Baru-baru ini, jenama alat solek terkenal milik penyanyi Rihanna ini telah menambah produk baru bedak asas yang diberi nama Pro Filt’r Hydrating Longwear Foundation. Apa yang menarik, foundation ini direka khas untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering tau.

Image result for fenty beauty foundation 2019 hydrating

Foundation ini mengandungi formula yang membantu menghidrasi kulit wajah dengan kuasa cover medium-to-full-coverage. So, bagi mereka yang mempunyai kulit kering tu korang jangan pening-pening lagi nak pilih foundation apa yang menepati kulit korang tu kerana Pro Filt’r Hydrating mampu membantu memberikan efek natural finish tanpa membuat kulit kita menjadi kering.

Image result for fenty beauty foundation 2019 hydrating

Mempunyai fungsi yang hampir sama dengan foundation Fenty Beauty yang sebelumnya, Pro Filt’r Hydrating Longwear Foundation juga mampu bertahan dalam tempoh yang lama pada kulit wajah kita dan kalis air. Formula gapseed oil dan hyaluronic asid menjadikan kulit kita sentiasa lembab dan lembut apabila memakainya.

Foundation ini juga dihadiri dengan 50 tone warna kulit. So boleh lah korang pilih kod warna apa yang sesuai untuk korang pakai.

Tak sabarnya nak beli keluaran baru Fenty Beauty ni!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my