D-Life

Wahai wanita! Seronok memasak pun kena amalkan ‘safety first’ okey

Oleh  | 

TAHU tak sebenarnya kebanyakan kebakaran yang berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada kecuaian wanita di dapur? Hal ini telah telah  disahkan sendiri oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di Malaysia tau.

Secara purata, Jabatan Bomba akan menerima 24 panggilan setiap hari berhubung dengan kes kebakaran dan kemasukan ular. Tapi 12 panggilan daripadanya adalah kes kebakaran. Ha! Bayangkan kalau sehari bomba menerima 12 panggilan kebakaran, kalau seminggu? Ish, ini tidak boleh dibiarkan!

Foto : Portal Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

 

Selain menitikberatkan tentang keselamatan di luar rumah, kaum wanita juga perlu mengambil berat tentang keselamatan mereka di dalam rumah lebih-lebih lagi sewaktu berada di dapur. Kecuaian wanita mengendalikan peralatan di dapur boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran. Korang mesti pernah dengar pepatah tentang api yang berbunyi kecil-kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan kan? Nampak macam mudah tetapi impaknya sangat besar kepada kita.

Baru-baru ini team Dhia berkesempatan untuk menemu bual seorang Ahli Bomba di Balai Bomba TTDI. Puan Nurazlina atau mesra disapa sebagai Kak Ina merupakan satu-satunya ‘bunga’ di Balai Bomba TTDI. Jangan sangka perempuan tak boleh jadi ahli bomba tau. Kak Ina merupakan salah seorang ahli bomba wanita yang berjaya membuktikan jantina bukan penghalang untuk mereka berkhidmat sebagai ahli bomba.

Kak Ina ada ajar sis tentang langkah-langkah keselamatan bagi kaum wanita apabila berada di dalam rumah. Menurut Kak Ina, ekoran kebanyakan kes kebakaran yang berlaku berpunca dari rumah, baru-baru ini pihak Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melancarkan program ‘Celik Suri’ yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada golongan suri rumah berhubung aspek keselamatan kebakaran di rumah kediaman.

Foto : Portal Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Program Celik Suri ini mempunyai 3 objektif utama iaitu untuk meningkatkan budaya keselamatan kebakaran dan amalan pencegahan kebakaran, memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada ahli keluarga tentang teknik dan cara pelepasan diri dan mempuk semangat keprihatinan di kalangan jiran dari aspek keselamatan semasa kebakaran,nyawa dan harta benda. Apa yang JBPM ingin tekankan menerusi program Celik Suri ini adalah untuk membudayakan aspek keselamatan kepada kaum wanita apabila berlaku kebakaran di kawasan rumah.

Pepatah ada juga ada mengatakan malang tidak berbau. Jadi, sebagai seorang wanita, pastikan korang mengamalkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan daripada berlakunya kebakaran dengan mudah. Sekiranya korang menghadapi situasi kebakaran, perkara utama yang perlu dilakukan adalah tenangkan diri dan segera membuat panggilan kecemasan 999. Make sure korang tak panik dan tahu langkah menangani kebakaran kecil atau pada peringkat awal supaya kebakaran yang besar boleh dielakkan.

Foto : Portal Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

 

Mencegah lebih baik daripada merawat girls. Menurut Kak Ina lagi, sebelum berlaku perkara yang tidak diingini di rumah, korang tidak boleh mengambil enteng tentang langkah keselamatan semasa di dapur. Jangan leka sewaktu memasak dengan membiarkan api terbuka dengan lama. Hal ini merupakan punca utama kebakaran yang sering dilakukan oleh kaum wanita.

Lepas ni jangan cuai! Mari kita kurangkan statistik kecuaian dari wanita ni sedikit demi sedikit. Celik sikit mata tu, bukan untuk suri rumah je tau. As long as korang gunakan dapur, sis rasa semua kena ikut langkah keselamatan yang diberikan oleh JBPM. We can do it girls! 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my