Serious?!

Wajah mirip lelaki dalam video lucah, ini jawapan Aiman Tino!

Oleh  | 

KECOH betul warganet baru-baru ini apabila video lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip Aiman Tino tersebar.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya. Rata-rata terkejut dengan video itu memandangkan pelantun lagu Ku Rela Dibenci tidak pernah terpalit dengan kontroversi sebegini sepanjang kariernya dalam industri.

Setelah beberapa jam berdiam diri. Banyak ura-ura dan spekulasi yang dibangkitkan netizen terhadap isu itu. Ada yang berpendapat bilik lelaki itu mirip dengan bilik Aiman Tino.

Namun, ada juga yang berkata Aiman tidak mungkin melakukan perkara sedemikian.

Aiman bagaimanapun memuat naik sebuah kenyataan di laman Instagramnya hari ini meminta agar isu ini tidak lagi dipanjangkan. Sementara itu, pihak pengurusannya masih lagi mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

“ Aiman memohon maaf kepada semua pihak terutama teman media yang telah banyak membantu  karier seni.

“Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan berterusan anda. Aiman sayang anda semua,” katanya.

Sokongan netizen

Nampaknya ruangan komen di Instagram penyanyi itu terus dibanjiri dengan komen-komen positif peminatnya yang rata-rata tidak percaya yang melakukan aksi tidak senonoh dalam video yang tersebar semalam adalah Aiman Tino.

Apapun, team Dhia berharap agar perkara ini tidak lagi dipanjangkan. Kalau video itu ternyata hanyalah fitnah, semoga yang melakukannya mendapat perkara setimpal. Tetapi, kalau lah lelaki dalam video itu adalah Aiman, diharap bertaubatlah dik!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my