D-Life

Wajib baca! Ini 5 cara nak elak COVID-19 dekat office

Oleh  | 

SETELAH gelombang kedua coronavirus melanda masyarakat dunia, ramai yang semakin berjaga-jaga melakukan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan. World Health Organization (WHO) telah pun mengishtiharkan darurat dan memberi panduan bagaimana untuk mengelakkan penularan di tempat kerja.

Walaupun belum ada kes kematian yang dilaporkan di tempat kerja. Tak ada salahnya untuk saling berjaga-jaga. Ini antara perkara yang korang kena ambil tahu apalagi kalau korang banyak menghabiskan masa untuk bekerja di pejabat.

Tersebar daripada cecair dalam badan

COVID-19 ini tersebar melalui cecair dalam badan. Ia termasuklah air liur atau bersin yang kemudian disentuh oleh bahagian luar tubuh. Jadi, kalau korang tak sengaja terpegang permukaan yang ada cecair ini, maka korang berpotensi terkena penyakit ini.

Pastikan ruang kerja bersih

Pastikan kawasan tempat kerja korang bersih ya. Korang boleh gunakan produk anti bakteria  pembersih tangan yang diedarkan di tempat umum.  Ingatkan juga rakan sekerja korang untuk selalu cuci tangan.

Tisu dan mask

Jangan lupa untuk minta bos korang sediakan tisu dan mask untuk melindungi diri korang. Penting juga untuk pastikan tong sampah korang tertutup rapi bagi memastikan kebersihan udara dan mencegah penyebaran.

Badan tak sihat jangan datang kerja

Jangan nak buat diri korang nampak gagah sangat. Kalau dah terbatuk-batuk, sila pergi klinik atau berehat dekat rumah dan minum ubat.

Tangguhkan perjalanan ke luar negara sementara waktu

Ketika keadaan tengah kritikal macam sekarang ini, ada baiknya kalau korang tangguhkan sesi travel korang baik untuk urusan kerja atau sebaliknya. Kalau korang baru balik dari travel ke mana-mana tempat, sila buat ujian saringan dulu sebelum terus datang ke pejabat. Kalau korang tiba-tiba demam dengan suhu badan 37.3 darjah celcius, sila duduk di rumah untuk mengasingkan diri.

Kalau ada kenalan korang yang terkena penyakit ini, berikan kata semangat kepada mereka. Mereka pun tak minta virus ini untuk berada di tubuh mereka. Kita kena melawan virus ini bersama-sama. Apapun, jangan panik dan mari mencegah COVID-19 bersama-sama!

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my