Serious?!

Wajib dengar, OST Ejen Ali The movie

Oleh  | 

KEJAYAAN siri Animasi Ejen Ali musim pertama dan musim kedua telah meraih lebih 2 juta tontonan di televisyen, dan kini Ejen Ali mengorak langkah ke layar perak. Ejen Ali The Movie akan ditayangkan secara serentak di 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ejen Ali The Movie berkisar kanak-kanak berusia 12 tahun dikenali sebagai Ali. Dia dipilih menjadi penyiasat sebuah agensi perisikan, Meta Advance Tactical Agency (MATA).

Konflik timbul apabila Ali mendapat tahu bukan dia sahaja yang mengawal gajet istimewa dikenali sebagai Infinity Retinal Intelligence System atau IRIS.

KOMPOSER dan penyanyi Altimet bakal membuat kemunculan khas dalam filem animasi Ejen Ali The Movie. Bukan itu saja, Altimet bersama Cuurley dan Malik Abdullah telah menghasilkan lagu tema Kita Jaga Kita untuk filem Animasi Ejen Ali The Movie.

Lagu yang dipopularkan Oleh Altimet bersama Cuurley dan Malik berkisarkan tentang watak yang membawa simbol negara kita, Malaysia.

Berunsurkan semangat patriotisme, lagu Kita Jaga Kita turut mencerita serba sedikit berkaitan dengan jalan cerita filem Ejen Ali The Movie yang bakal berada dipawagam tidak lama lagi.

Selain dari itu, inspirasi disebalik lagu ini adalah membawa mesej positif berkaitan dengan komuniti dan perpaduan di negara Malaysia.

Tambahan pula, Altimet cuba untuk mengubah budaya di mana memperbanyakkan sokongan untuk membuat lagu sebagai tanda memberi sokongan kepada industri filem di Malaysia, lebih-lebih lagi filem animasi yang menerima sokongan yang tidak sama berbanding genre yang lain.

Nantikan kemunculan filem animasi yang hebat ini dipawagam pada 28 November ini dan jangan lupa untuk hadir dan kongsikan sokongan anda semua! Ada duit lebih nanti belanja la sis tengok Ejen Ali!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my