Serious?!

Wajib tengok! 5 drama Korea yang boleh buat korang kembali jatuh cinta

Oleh  | 

KITA memerlukan masa untuk kembali mencari diri sendiri setelah patah hati. Kalau hubungan cinta kita terlerai dengan pengakhiran yang tidak baik. Maka, sukar untuk kita kembali percaya cinta. Semua orang yang datang selepas itu gagal membuka pintu hati kita.

Kalau korang nak tahu, drama cinta Korea sangat romantis dengan adegan manis dan dialog yang boleh bikin korang cair. Mana tahu ada di antara senarai drama ini yang boleh buat korang kembali percaya kepada cinta sekali lagi.

Baca juga: Baru putus? Ini 5 petanda korang belum ready nak ada relationship baru

Jangan sedih lama-mana. Ini adalah antara senarai drama Korea yang boleh buat korang kembali jatuh cinta.

via GIPHY

Encounter

Dibintangi nama-nama besar seperti Song Hye Kyo dan Kim Jin Hyeok. Menceritakan bagaimana mereka berdua berjumpa di sebuah tempat. Kalau nak diikutkan mereka datang dari latar belakang yang berlainan. Tidak hanya berbeza usia, mereka juga datang dari keluarga dengan ekonomi berbeza.

Baca juga: Jangan ragu! 5 petanda ini bukti korang dah tawan hati si dia

My First First Love

Ini adalah drama original Netflix. Drama ini sumpah tak complicated lepas tu ada banyak babak lawak. Persahabatan antara Tae O, Song Yi dan Do Hyun memang rasa sangat manis. Macam mana kalau persahabatan ini berubah menjadi cinta?

At Eighteen

Cerita ini bawa kita kembali terkenang kisah cinta lama kita zaman sekolah dulu. Joon Woo bertemu Yoo Soo Bin dan bermulalah konflik percintaan remaja. Drama ini juga turut menekankan tentang jati diri seorang remaja.

Rookie Historian Goo Hae Ryung

OMG! Walaupun bernuansakan zaman dulu, tapi cerita ini memang romantik. Dalam drama ini pun menceritakan tentang layanan yang diberikan kepada kaum wanita yang sungguh double standard. Wanita ini kemudian bertemu dengan seorang putera mahkota yang tidak disangka-sangka.

Love alarm

Tak kurang seronok juga drama ini yang diadaptasi daripada webtoon. Pelajar sekolah menengah ada buat aplikasi bernama Joalarm yang boleh mengesan ada tak sesiapa yang menyukai kita dalam jarak 10 meter. Memang menarik cerita ini dan korang boleh tengok dekat Netfix.

Mesti korang dah pernah tengok sekurang-kurangnya satu daripada cerita ini, kan? Amacam, romantik kan? Agak-agak mana satu drama yang paling berbekas dalam hati korang? Komen sikit!

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my