Serious?!

Wakil ARMY akui ‘over’ sikit sebab terlalu ‘excited’ BTS menang

Oleh  | 

SELAIN kemenangan Mira Filzah di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah wakil ARMY yang melangkah ke pentas mengambil trofi  bagi pihak kumpulan terkenal BTS bagi kategori Artis Luar Paling Popular.

Wanita berusia 50 tahun yang dikenali sebagai Mastura itu mengakui bahawa dia tidak bercadang untuk naik ke atas pentas menerima trofi itu dan hanya datang sebagai penyokong semata-mata. Namun entah bagaimana ‘last minute’ dia diminta untuk naik ke pentas dan mengambil trofi untuk penyanyi lagu Fake Love itu.

Bermacam reaksi yang diberikan netizen kepada aksi Mastura di pentas ABPBH sehingga ada yang menganggapnya keterlaluan. Tidak berkecil hati dengan kecaman yang dilemparkan, dia beranggapan semua orang mempunyai pendapatnya masing-masing.

“Mungkin kerana terlalu teruja sampaikan nampak macam over pula. Iyalah, siapa yang tak excited apabila penyanyi kesayangan menang sesuatu anugerah.

Saya sedar ramai yang kecam di laman sosial, jadi sebagai manusia biasa saya nak memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan apa yang saya lakukan.

Lantaklah orang nak kata apa pun, niat saya pada waktu itu hanya naik atas pentas untuk ambil trofi bagi pihak BTS.

Ada juga ahli Army yang lain tanya kenapa saya tak bersiap sedia dengan ucapan dan pakaian sebagainya, saya terangkan semula saya datang sebagai penyokong dan tak sangka akan jadi wakil untuk naik pentas.

Biarlah orang nak troll sekalipun yang penting kami semua enjoy di sana dan datang untuk sokong BTS,” katanya.

BACA: BTS menang ABPBH32, Netizen keliru siapa makcik ARMY yang ambilkan ni?

Mastura menjelaskan bakal menghantar trofi anugerah berkenaan kepada pihak pengurusan kumpulan terkenal tersebut yang berpangkalan di Korea Selatan.

Setiap orang mempunyai kecenderungan dan minatnya masing-masing. Team Dhia faham betapa seronoknya jika artis yang disokong turut mendapat pengiktirafan oleh masyarakat setempat. Apapun, tahniah BTS dan ARMY!

 

 

 

 

Sumber: Oh Bulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my