D-Life

Waktu makan terbaik untuk korang yang sedang diet

Oleh  | 

PUAS korang berdiet tapi masih lagi tak kurus-kurus. Dah lah tak kurus, lepas tu makan pulak tak boleh control tak pasal-pasal berat badan pun naik!

Korang kalau nak diet, tak menjadi masalah, tapi apa yang korang kena tahu adalah timing korang makan tu penting juga. Penting juga sebab korang kena biar perut korang rehat sama.

So today, sis nak kongsikan dekat korang timing untuk makan yang betul supaya diet korang menjadi!

5  hingga ke 7 pagi

Waktu pagi ni adalah waktu usus kita bekerja. Jadi pastikan korang displinkan diri untuk bersihkan perut korang. Buang air besar pada waktu ni supaya penyakit korang tak berkumpul. Caranya senang je, lepas bangun tidur sebelum gosok gigi, korang minum dua gelas air mineral untuk melancarkan ‘hajat’ tu.

7 hingga 9 pagi

Walaupun korang tak ada selera nak bersarapan, pastikan korang makan jugak. Kalau tak metabolisma korang akan turun dan aan menyebabkan sukar untuk korang kurus!

9  hingga 11 pagi

Biasanya, waktu ini organ limpa kita sedang bekerja dan pastikan korang elak makan pada waktu ini supaya proses tersebut tidak terganggu.

11 hingga 1 petang

Ketika ini, jantung kita sedang bekerja dan penting juga untuk korang elakkan diri daripada melakukan kerja yang berat. Lebih elok juga kalau korang nap sekejap.

 1  hingga 3 petang

Kalau korang rasa macam nak membuang pada waktu ini, itu adalah petanda yang baik. Sebaiknya korang buang air besar ketika ini dan jangan sumbat perut dengan makanan pula!

itu adalah antara masa-masa yang sesuai untuk korang makan dan elakkan makan pada 7 petang hingga 9 malam. Ketika sampai waktu tidur, pastikan korang tidur supaya badan korang boleh rehat.

Sumber:ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my