Serious?!

Walau terima berjuta kecaman pun masih ada ahli VIP yang setia ‘backup’ Seungri

Oleh  | 

SKANDAL tentang salah satu ahli kumpulan Big Bang, Seungri bagaikan tiada pengakhirannya. Saban hari satu demi satu ceritanya dibuka sampaikan cerita lama pun diungkit kembali.

Ternyata perbuatan Seungri itu tidak mematahkan semangat peminat-peminat untuk terus menyokongnya. Malah, menerusi laman Twitter, terdapat seorang peminat Big Bang yang menggunakan tweet handle @firlyizzaty  berkongsi sebuah kisah tentang pertemuannya bersama Seungri di Bali.

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

Menerusi perkongsian gadis ini di Twitter, dia menceritakan tentang keperibadian Seungri semasa bertemunya di sebuah beach club di Bali. Menurut gadis itu Seungri seorang lelaki yang budiman walaupun dia sedang di bawah pengaruh alkohol. Seungri sempat memeluknya dan berterima kasih kepada gadis itu kerana menjadi peminatnya. Walaupun berada dalam keadaan tidak sedar, Seungri tidak mengambil kesempatan terhadap gadis itu malah melayannya dengan baik.

Namun thread gadis ini telah mendapat kecaman daripada netizen. Pada pandangan mereka kebaikan yang Seungri lakukan terhadap gadis ini tidak dapat menutupi kesalahan jenayah yang telah dia lakukan. Tidak hanya berdiam diri, gadis itu kembali menyambung thread nya dan memperjelaskan niatnya bercerita mengenai Seungri.

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

Nampaknya peminat setia dan ahli-ahli VIP ni tidak putus-putus menghantar sokongan kepada penyanyi kesayangan mereka ini. Team Dhia baru je rasa tak sabar nak tunggu comeback Big Bang dah jadi macam ni pula. Walau bagaimanapun kesalahan tetap menjadi kesalahan dik. Tidak kira apa pun posisi kita di dunia ini tetap juga akan dihukum sekiranya disabit bersalah kan? Terima dengan hati yang terbuka dan semoga Seungri insaf dengan perbuatannya. Hmm

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my