Serious?!

Walaupun Leftenan Zana catat 10 juta penonton, Janna buat pengakuan nangis senyap-senyap bila…

Oleh  | 

JIKA dilihat dengan teliti, tidak banyak sebenarnya drama yang berlatarkan ketenteraan di negara kita. Jika ada pun, watak utamanya dipegang oleh lelaki.

Inilah kelainan yang dibawakan oleh drama rantaian Leftenan Zana yang dibintangi oleh Janna Nick sebagai watak utama.

Percaturan drama 10 episod terbitan JS Pictures itu nampaknya berjaya apabila mencatatkan 10 juta penonton sejak ia mula ditayangkan Februari lalu.

Terharu dan bersyukur dengan berita itu, team Dhia sempat bersama-sama Janna untuk bercerita pengalamannya sepanjang menjalankan pengambaran Leftenan Zana.

Banyak air mata

FOTO: Instagram Janna Nick

Apabila ditanya pengalaman membawakan watak Leftenan Zana, ini pengakuan Janna Nick.

“Sepanjang saya berlakon, Leftenan Janna adalah drama yang saya banyak menangis  walaupun ia bukanlah drama air mata.

“Dalam kereta saya nangis senyap-senyap. Sepanjang pengambaran, rutin harian saya sama. Balik, mandi, tidur. Saya tak bergaul dengan orang.”

Ketika Janna memasuki set Leftenan Zana, dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai artis tetapi hanyalah seorang askar pelatih yang sama dengan orang lain. Maka, adalah sesuatu yang mencabar untuk Janna membiasakan diri dengan latihan yang memerlukan persediaan mental dan fizikal.

“Memang saya sendiri akui. Ia adalah tekanan dari segi fizikal sebab saya pun masih belum layak.

“Body system saya terkejut dan tak biasa jika hendak dibandingkan dengan askar pelatih yang sudah dua bulan menjalani latihan di sana. Bila kita penat mental dan fizikal, itu yang buatkan saya breakdown,” ceritanya.

Impak Leftenan Zana

Pembawaan watak berat Leftenan Zana sedikit sebanyak telah banyak memberi impak kepada Janna sendiri yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang ceria.

FOTO: Instagram Janna Nick

“Saya tak banyak berbual dengan orang. Saya tak gelak, senyum pun tak. Bayangkan betapa koyaknya saya sampai boleh bertukar daripada seorang periang kepada seorang yang serius. Hati saya jadi kering sehingga terbawa-bawa ke drama saya selepas itu,”

Janna turut menyatakan penghormatannya kepada wanita yang berkhidmat sebagai seorang askar kerana ia adalah pekerjaan yang sukar.

Drama Leftenan Zana kini sudah memasuki minggu terakhir tayangan. Turut sama menjayakan drama itu ialah Tunku Hanis, Sheila Rusly dan Redza Rosli.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my