Inspirasi Dhia

Walaupun OKU, tidak perlu memandang rendah

Oleh  | 

WALAUPUN mempunyai perbezaan fizikal, namun bagi Norfarrah Syahirah binti Shaari yang dilahirkan tanpa kedua belah tangan, menggunakan kaki untuk melakukan kerja hariannya termasuk memandu ke tempat kerja. Farrah juga enggan menyusahkan orang di sekeliling dan mahu hidup berdikari.

Pasti timbul dikalangan kita bagaimana wanita ini memandu kereta tanpa menggunakan tangannya. Rutin memandu sudah dilakukannya sejak tujuh tahun lalu dan sudah dapat membiasakan diri walau pada awalnya dia agak takut.

Bagi Farrah, ini adalah keputusan terbaik untuk dirinya kerana kasihan terhadap bapanya yang sering ulang alik mengambilnya dari tempat kerja. Kekurangan pada dirinya bukanlah menjadi penghalang untuk dirinya menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Tidak pernah merungut dengan kekurangan diri.

Farrah kini bertugas sebagai pembantu tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan Perak telah berkongsi luahan hatinya. Namun, Farrah tetap menguatkan semangat diri untuk mencapai kebolehan seperti manusia biasa.

“Tidak perlu memandang rendah terhadap insan sepertinya dan walaupun mereka mempunyai kekurangan dari segi keupayaan, mereka juga mampu untuk membuat pelbagai perkara seperti mereka yang normal. Setiap manusia yang dilahirkan pasti ada kelebihan yang Allah berikan.”

Farrah juga turut menyatakan bahawa beliau mempunyai impian untuk membanggakan kedua ibu bapanya.

Dhia mendoakan apa yang diimpikan oleh Farrah tercapai suatu hari nanti. Teruskan berusaha dan kuatkan semangat! Keep it up Farrah!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my