Dhiaventure

Walaupun seram, tapi 5 kubur ini tetap dikunjungi ramai

Oleh  | 

KALAU dengar sahaja tentang kubur, mesti ramai yang kecut perut. Ha terbayanglah bermacam jenis hantu yang bukan-bukan. Contohnya macam dekat Indonesia, ada sebuah kampung bernama Desa Truyan yang masih mengamalkan tradisi menguburkan orang dekat pokok bernama Taru Menyan. Pemandangannya agak suram dan sunyi tapi tak ada bau busuk.

Walaupun begitu, korang kena ingat tau tak semua kubur boleh buat korang rasa seram sejuk. Ada je yang meriah sebab dilawati ramai orang. Terutama kalau ia memiliki nilai sejarah dan cerita yang unik.

via GIPHY

Berikut adalah antara kubur yang popular dan sering dilawati.

Camenterio General, Santiago

FOTO: CNN

Kawasan perkuburan ini merupakan yang terbesar di Santiago. Terdapat lebih dari dua juta makam yang bersemayam dekat sini. Apa yang unik ialah kubur dekat tempat ini dibahagikan ikut kategori pekerjaan jenazah bermula dari seorang cikgu, bomba sehinggalah badut.

Mirogoj Cemetery

FOTO: CNN

Ha, tudia. Kubur yang ini pula sangat Instagramable sebab bangunannya bercirikan istana kuno yang lengkap dengan ukiran dinding dan lantai yang bercorak. Kawasan kubur ini juga tidak gersang dan suram.

Waverley Cemetry, Sydney

FOTO: CNN

Yes! Cantik betul pemandangannya. Kalau nak ziarah kubur dekat sini siap boleh termenung pandang laut. Dianggarkan 80 ribu kubur berada di kawasan ini yang mengadap Pantai Bondi.

The Merry Cemetery, Rome

Batu nisan dekat kubur ini pun sangat cantik siap dituliskan obituari di atasnya. Semasa jenazah dimakamkan, mereka siap ada gambar yang menunjukkan karakternya. Bukan itu sahaja, batu nisan dekat kubur itu pun menggambarkan cara kematian mereka bermula dari sakit teruk sehinggalah kemalangan jalan raya.

Highgate Cemetery, London

Kawasan ini menjadi tempat pemakaman pemikir terkenal Karl Marx. Ada banyak pelancong yang mengunjungi tempat ini. Ada aura gothic bila korang masuk ke sini kerana ia telah dibina pada abad ke-19. Sekarang ni siap ada pemandu pelancong yang boleh memberi taklimat kepada korang tentang sejarah makam ini.

Sumber: CNN 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my