Serious?!

Walaupun sudah putus, Zayn Malik ‘backup’ Gigi Hadid daripada diserang ‘haters’

Oleh  | 

UMUM mengetahui bahawa status hubungan pasangan merpati dua sejoli Gigi Hadid dan Zayn Malik telah berakhir baru-baru ini. Namun, perpisahan ini tidak menjadikan mereka sebagai musuh malah sehingga hari ini mereka masih berhubung sebagai sahabat.

Zayn Malik telah menulis kapsyen di laman Instagramnya untuk memberi peringatan kepada haters Gigi Hadid. Hal ini kerana kebanyakan daripada mereka telah menyalah anggap tentang satu tweet Zayn yang berbaur sindiran terhadap seseorang.

Tweet yang berbunyi “How about you all go f–k yourselves with your irrelevant bulls–t,” itu telah disalah erti oleh peminat-peminat mereka berdua. Mereka menganggap tweet itu ditujukan buat Gigi Hadid namun Zayn menafikan sekerasnya hal itu. Lebih-lebih lagi pada ketika ini Gigi Hadid dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta dengan Samuel Krost yang merupakan bekas kekasih Selena Gomez.

Berang dengan tindakan haters yang terus-menerus menyerang Gigi Hadid, Zayn akhirnya mengeluarkan tweet baru bagi menghentikan kecaman haters.

“My tweet was not about @GigiHadid so leave her the f–k alone,”  

Related image

Selain bertindak untuk membela bekas kekasihnya itu, Zayn juga telah menerangkan kepada umum bahawa dia amat menghargai bekas kekasihnya yang berusia 24 tahun itu. Gigi telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepadanya sepanjang mereka bersama.

And (she) does nothing but love and support me when lord knows I don’t deserve it. If you know nothing shut your f–king mouth.” jelas Zayn lagi.

Zayn Malik dan Gigi Hadid telah mengakhiri hubungan mereka pada November tahun lalu. Menurut portal E! News, keputusan ini diambil oleh mereka untuk kebaikan bersama.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my